Apple Memfailkan Paten Baru Untuk AirPower, Menyokong Pelbagai Jenis Format Pengecasan Nirwayar
Apple AirPower adalah pengecas nirwayar daripada Apple. Tahun lepas, Apple telah memperlihatkan pengecas nirwayar ini bersama-sama dengan animasi pengecasan baru. Tetapi sayang sekali, sehingga hari ini – kewujudan Apple AirPower masih tidak kelihatan atas banyak masalah yang dihadapi.
Terkini, Apple dilihat telah memfailkan paten baru untuk Apple AirPower. Melalui paten ini, ia mengatakan AirPower akan mempunyai ciri privasi tersendiri. Selain daripada menyokong pengecasan banyak peranti secara serentak, ia turut menyokong pelbagai format pengecasan nirwayar. Ciri privasi yang diimplementasikan ini adalah untuk tujuan melindungi data, kerana akan terdapat beberapa data dari peranti-peranti yang dicas untuk tujuan paparan status pengecsan.
Sebelum ini, turut kedengaran di mana – Apple AirPower akan dikuasakan dengan versi iOS yang ringan. Tetapi, kalau hanya sekadar paten – tetapi produknya tidak wujud, ini semua hanya fantasi semata-mata.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rqTmXK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment