Hi! Welcome Back and Stay Tune! F4kta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

F4kta Menarik Tentang Orang Sabah Yang Anda Tidak Tahu.

KINI TRENDING
Lelaki ataupun wanita Sabah memang terkenal dengan raut wajah yang kacak dan jelita. Memiliki wajah seperti persis cina, berkulit putih, kulit halus dan licin, jika sekali pandang anda sudah pasti akan mengenali mereka.

Jika anda perasan, mereka sering menggunakan perkataan ‘Bah’ di hujung-hujung perkataan mereka, pasti anda tertanya-tanya, apakah fungsi perkataan ‘bah’ itu sebenarnya kan? Jika di semenanjung, bah itu bermaksud banjir besar, namun bukan itu maksudnya bagi orang Sabah.

Perkataan “bah” tidak menyebabkan banjir tahun lepas atau yang sebelumnya
Perkataan bah memang feymes dalam kalangan rakyat Sabah ni. Contoh bah digunakan

Bah, sy mau jalan sudah ni. Kamu bila mo jalan?

Sana bah tu sy letak tu kuih, di atas meja.

Kalau tiada duit, pandai-pandai lah bah cari kerja kan?

Kenapa bah tu baju tidak kena cuci?

Bah yalah, kamu lebih pandai dari kami.

So kalau korang tengok, perkataan bah tidak perlu diharamkan kerana penggunaan bah dalam Sabah bukan bermaksud banjir bah…

‘Rilot’ ialah perkataan yang biasa juga di Sabah yang bermaksud topup

Jika di semenanjung, kita biasanya menggunakan perkataan ‘topup’ untuk mengisi kredik telefon bimbit. Tetapi jika di Sabah pula, mereka menggunakan perkataan ‘rilot’.

Tidak tinggal diatas pokok

Sehingga sekarang, masih ada yang berpendapat penduduk Sabah dan Sarawak tinggal diatas pokok. Pasti ada dikalangan mereka yang belum pernah sampai ke Sabah dan Sarwak, dan oleh itu mereka hanya membuat andaian seolah-olah mereka mengenali Sabah dan Sarawak.

Jika anda ingin tahu, Sabah dan juga Sarawak sekarang seiring maju dan semakin pesat membangun.

Slang orang Sabah bukan slang orang Indonesia

Ada yang menganggap sebutan atau ayat orang sabah ini seperti bahasa indonesia, sebenarnya mungkin ada sedikit persamaan, tetapi tidaklah begitu ketara. Jangan suka hati sebut sahaja, anda harus pelajari dahulu sesuatu loghat atau slang sesebuah tempat sebelum membuat andaian sendiri.

Muslim dan Non-Muslim duduk semeja

Jika anda jarang melihatnya di semenanjung, di Sabah anda boleh melihatnya di rata-rata kedai makan dan restoran, muslim dan non muslim duduk semeja. Bagi mereka tiada alasan untuk tidak saling berkongsi pendapat dan duduk semeja asalkan tidak melanggar akidah dan saling hormat menghormati.

Peramah dan humble

Mereka lebih suka merendah diri dan lebih mudah mesra dengan orang sekeliling. Sebab itu mereka mudah mendapat rakan.

Gadis-gadis sabah juga terkenal dengan kelembutan dan juga kejelitaan. Ramai diantara mereka memiliki bakat dalam nyanyian dan juga lakonan.

Sumber: Jenteratular.press
Sumber: aliffchannel.com

5 Artis Malaysia Berasal Dari Sabah. Tak Sangka No.3 Ramai Yang Tak Tahu Artis Tu Asal Sabah..


Selain Semenanjung Malaysia, arena seni hiburan negara turut dimeriahkan dengan bakat-bakat hebat dan berkualiti dari negeri borneo seperti Sabah dan Sarawak. Sama ada bergelar pelakon, penyanyi, pengacara atau model, kehadiran mereka pastinya melonjakkan lagi industri seni tanah air.

Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca tentang 5 selebriti Malaysia yang berasal dari Sabah. Siapakah mereka? Check these out!

1. Azharina
Selepas dinobatkan juara Gegar Vaganza 3 (GV3), pemilik nama Azharina Azhar atau mesra disapa Nina semakin dikenali ramai.


Sebelum menyertai program GV3, anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu pernah memenangi pertandingan nyanyian Bintang RTM pada 2001 di mana beliau menewaskan peserta hebat seperti Misha Omar, Siti Sarah dan Asmidar.

Antara lagu-lagu popularnya ialah Elergi Sepi, Rawan, Cinta Ini, Mimpi Bahagia (duet bersama Hazami). Anak sulung daripada empat adik-beradik ini juga pernah menyanyikan lagu runut bunyi (OST) untuk filem Laila Isabella berjudul Seandainya dan Rindu Padanya bagi filem Berlari Ke Langit.

Penyanyi bersuara lantang ini juga pernah berkahwin dengan seorang usahawan dari Kelantan iaitu Datuk Shukri Mohamed pada 2006 dan bercerai pada 2008. Mengisi kekosongan di hati, figura ini turut mengambil seorang anak angkat yang bernama Rahmat Azharin Mohd faizal yang kini berusia tiga tahun.

2. Stacy
Lahir dari  program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, jenama Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam semakin gah di persada seni hiburan tanah air.

Selain Aku Stacy dan Pakai Buang, Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 popular dengan lagu Not For Sale, Kisah Dongeng, Pelangi Senja, Gagap, Jahat, Hello, Romeo dan Kasan0va.


Stacy yang menukar agama daripada Kristian kepada Islam pada 25 Ogos 2015 itu pernah mencuba nasib di program One In A Million dan Gang Starz sebelum AF.

Isteri kepada penyanyi terkenal, Akim ini kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Anak jati Kota Kinabalu, Sabah berkenaan turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Bella Valentina yang kini berusia enam tahun.

3. Wawa Zainal
Aktres bertubuh genit ini memulakan karier sebagai anak seni sekitar tahun 2011 di bawah label pengurusan MIG Talents. Di bawah MIG, figura kelahiran Lahad Datu, Sabah berkenaan banyak membintangi filem berbanding layar kaca.

Antara filem lakonan pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin ini seperti Budak Pailang, Sumpahan KumKum, Seram Sejuk, Tiga Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap, Aji Noh Motor, Longkai dan Kisah Paling Gengster.


Sebelum bergelar pelakon, isteri kepada pelakon kacak tanah air, Aeril Zafrel tersebut pernah menceburi bidang peragaan sejak berusia 12 tahun. Memperlahan karier seninya, pelakon drama Duda Terlajak Laris ini kini sibuk berniaga bersama suami tercinta menerusi koleksi pakaian lelaki dan wanita serta produk kanta lekap berjenama Wawa Softlens.

Enam tahun melayari bantera rumah tangga, Wawa dan pasangan turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Atta dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

4. Sabhi Saddi
Siapa yang tidak mengenali penyanyi kacak dan berbadan sasa, Sabhi Saddi. Lagu-lagu popularnya seperti Nadiku, Kisah Kita dan Cinta Sesungguhnya berjaya menawan selera peminat muzik tempatan.

Anak jati Sandakan, Sabah ini juga berbakat besar dalam bidang lakonan. Setakat ini, Sabhi banyak berlakon di layar kaca menerusi drama seperti Antara Laut China Selatan, Aku Ada Wali, Walau Air Mata Darah, Lalong, Puteri Gunung Ledang, Bodyguard, Abang Sado Boleh Beres dan banyak lagi.



Hasil perkahwinannya dengan Rosi Aswani Abdul Razak, pasangan merpati dua sejoli ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk rekod, Sabhi pernah menganggotai kumpulan Esdeco dan One Nation Emcess. Di samping itu, pernah menyertai pertandingan menari, Rexona No Sweat Challeges serta boleh menari tarian hip hop, ballroom dan pelbagai jenis tarian moden.

5. Zero (Maharaja Lawak)
Kumpulan trio lawak, Zero yang dianggotai tiga adik-beradik iaitu Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Mohd. Kadir Doli Sharif, (Kadir) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) merupakan anak jati Kudat, Sabah.

Untuk pengetahuan pembaca, bakat juara Maharaja Lawak Mega 2014 berkenaan dicungkit menerusi program Raja Lawak musim keenam.

Kumpulan berkenaan pernah muncul di layar perak menerusi filem bergenre komedi iaitu Lu Mafia Gua Gangster yang ditayang sekitar April 2016. Sebelum dikenali sebagai pelawak, mereka bertiga berkerja sebagai nelayan dan buruh kasar.


Berasal dari suku kaum Bajau Simunul, trio ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak kecil hasil didikan arwah bapa mereka.

Sumber: Azhan.co


✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QFl8Ot

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.