OnePlus Membuang Ulasan Negatif Pengguna Di Kedai Atas Talian Mereka
Laporan mengenai perkara negatif OnePlus bukanlah sesuatu yang baru. Pada tahun lepas, OnePlus didapati mengelat dalam ujian tanda aras buat OnePlus 5. Tahun ini turut menerima kritikan, seperti dikecam kerana menjadikan OnePlus 6T sebagai peranti OnePlus pertama yang nirbicu audio.
Terkini, OnePlus dilaporkan telah membuang ulasan negatif pengguna dari kedai atas talian mereka di Amerika Syarikat dan United Kingdom. OnePlus dilihat hanya memaparkan ulasan pengguna yang positif. Ulasan ini adalah buat pelindung kaca skrin OnePlus 6T. Di kedai atas talian OnePlus AS/UK, jika dilihat hanya terdapat ulasan positif dan tiada ulasan negatif.
Ulasan negatif yang wujud hanya buat produk lama OnePlus. Perkara ini disedari oleh seorang pengguna Reddit, selepas beliau tinggalkan ulasan negatif di kedai atas talian OnePlus ini – hanya beberapa hari selepas itu, ulasan beliau dipadam. Perkara ini, turut disaksikan oleh ramai pengguna lain.
Laporan mengatakan, ini adalah strategi pemasaran OnePlus untuk melariskan jualan aksesori mereka. Tetapi, strategi mereka ini membuatkan peminat OnePlus mula berasa kecewa dan hilang kepercayaan. Dahulu, OnePlus terkenal kerana menjaga hati peminat serta komuniti – nampaknya semakin lama, OnePlus langsung tidak hairan akan komunitinya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UtCSeM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment