Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedudukan Pas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedudukan Pas

Image result for PAS

Pada  PRU14 Pas hanya dapat 18 daripada 222 kerusi Parlimen atau 8% sahaja.

Pas hanya menang 90 kerusi DUN di seluruh negara. 

Di EMPAT buah negeri Pas tidak menang satu kerusi DUN pun (Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak).

72 daripada 90 kerusi DUN mereka dimenangi daripada tiga negeri sahaja ia itu 
  1. Kelantan 35/45 DUN (maksudnya 35 daripada 45 kerusi DUN). 
  2. Terengganu (22/32 DUN) dan 
  3. Kedah (15/36 DUN)  
Ketiga negeri ini adalah negeri 'hardcore Melayu' yang juga bermaksud antara negeri yang paling miskin dan terkebelakang. 

Di ketiga negeri ini paling ramai penduduk Melayu masih bergantung kepada pertanian, kerja ladang, nelayan dan kerja kampong. 

Walaupun Pas dipercayai mempunyai ahli yang berPhD, tahap pendidikan dan quality of literacy majoriti ahli Pas (termasuk PhD mereka) masih di tangga yang rendah, terutama sekali di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
  
Quality of literacy maksudnya mereka lebih suka membaca Harakah, sekarang mungkin juga Utusan Malaysia, cerita hantu, buku agama, cerita seks dan sebagainya. 

Baki 18 kerusi DUN Pas 'tersebar' di sekitar 10 buah negeri ia itu : 
  1. Pahang 8 /42 DUN
  2. Perak 3/59 DUN   
  3. Perlis 2/15 DUN
  4. Penang 1/40 DUN
  5. Selangor 1/56 DUN
  6. Johor 1/56 DUN
  7. Melaka 0/28 
  8. NS 0/36
  9. Sabah 0/60
  10. Sarawak 0/82

  • Di Pulau Pinang, Selangor dan Johor, Pas menangi satu DUN sahaja. 
  • Dan Pas tidak menangi sebarang kerusi DUN (kosong atau sifar) di Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. 


Ini adalah prestasi Pas pada pilihanraya yang paling bersejarah di Malaysia  di mana gergasi politik UMNO/BN yang memerintah negara selama 61 tahun telah hilang kuasa di Parlimen dan kalah semua  DUN negeri (kecuali Pahang dan Perlis).  Ini adalah saat  yang paling lemah dan berbencana dalam sejarah UMNO/BN.  UMNO/BN tidak akan hidup kembali selepas  kekalahan yang sebegitu teruk ini.

Walaupun UMNO/BN sebegitu lemah dan dibenci, Pas hanya menang 18 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN daripada 10 buah negeri. 72 daripada 90 kerusi DUN lain dimenangi oleh Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah - tiga buah negeri yang terkebelakang dalam negara kita. 

UMNO yang dibenci pun masih dapat menang 54 kerusi Parlimen. 
Maksudnya Pas dibenci lebih  daripada UMNO.

Keputusan seperti ini menunjukkan Pas sudah melepasi ajal dan perlu dikapan dan ditalqinkan. 


1.  Masalah Pas ialah  ideologi mereka palsu dan memang sudah gagal.  
Dan kegagalan mereka juga sudah proven.

Fahaman agama mereka sangat terkeliru dan mungkin menyesatkan. 

Hudud Pas contohnya adalah hudud Pas. 
Hudud Pas bukan hudud Allah. 
Dan jauh sekali daripada hukum Allah.

'tilka hududillah' tersebut banyak kali dalam Al Quran.
"tilka hududillah" maksudnya 'inilah hudud Allah'.

Ahli Pas berPhD pun tidak akan tahu berapa kali-kah ayat  'tilka hududillah'  ini disebut dalam Al Quran.  Dan mereka tidak akan tahu di mana letaknya ayat berkenaan dan bagaimana cara untuk mencari ayat-ayat tilka hududillah dalam Al Quran.

Kemungkinan besar ahli Pas yang berPhD pun perlu impot pensyarah luar negara untuk memberi mereka kursus berkenaan ayat  'tilka hududillah' dalam Quran. Zakir Naik pun tidak akan tahu. 

Saya beri satu contoh. Surah 4:13


Pendek kata, ideologi agama Pas palsu. 
Hudud Pas adalah jauh berbeza daripada hudud Allah (tilka hududillah). 
Oleh itu Pas akan gagal dan berulang kali akan gagal. 


2. Pas yakin dengan seruan besar kaum lebai malang yang berkata mereka 'tidak boleh menggunakan akal dalam hal agama'.

Soalan saya : Habis kenyataan yang sedemikian itu dibuat dengan menggunakan akal atau dengan tidak menggunakan akal? 

Itulah sebabnya parti ideologi palsu seperti Pas menarik minat manusia yang tidak berakal dan tidak suka gunakan akal. Termasuk ahli PhD mereka.

Dan sebarang ideologi yang tidak gunakan akal akhirnya akan dibimbing oleh setan dan iblis. Sila rujuk Surah 10:100.  Setiap manusia yang tidak gunakan akal akan dihanyutkan dalam kekeliruan (rijis) dan kesesatan. 

Pas sangat perlukan kepada kaum yang tidak tahu menyoal, tidak tahu memikir dan tidak tahu berbincang atau berdialog tanpa hilang waras, tanpa hilang akal, tanpa naik marah, tanpa jadi ganas dan fe'el syaitan dan iblis seperti itu. 

Mereka akan tetap perlu kepada keganasan. RUU355 contohnya hendak penjarakan manusia selama 30 tahun dan sebat mereka sebanyak 100 kali atas sebarang kesalahan "keagamaan" seperti tertinggal sembahyang, tidak ini dan tidak itu. Semua ini adalah keganasan.  Ceramah mereka, khutbah mereka dan ucapan mereka juga adalah ganas dan menghasut. Pendek kata ideologi mereka adalah ganas.  

Mereka tidak mempunyai penyelesaian untuk masalah yang serius seperti membina semula rumah runtuh mangsa banjir di Kelantan. Sekarang sudah lebih EMPAT TAHUN sejak banjir besar melanda Kelantan dan ramai mangsa banjir masih tidak dapat sebarang bantuan kerajaan negeri untuk membina semula rumah runtuh mereka.  Tetapi its ok - mereka serah kepada cobaan dan dugaan daripada entah siapa. 

Tetapi di kalangan orang yang celik sikit, mereka boleh melihat bahawa orang Pas, termasuk yang berPhD  tidak tahu bagaimana hendak membangunkan manusia. 

Pas perlu menggunakan lojik dan akal jika mereka ingin survive.


3. Pas masih parti ke-Kelantanan. 

Power base atau markas ideologi Pas masih terlekat kepada Kelantan.  Dalam negara kita, Kelantan adalah sebuah negeri yang masih sedang mencari ke-Malaysiaan-nya. Orang Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur masih menjadi ahli 'Persatuan Anak Kelantan di Perantauan'. Seolah mereka adalah pendatang. 

Sekarang menerusi perhubungan secepat kilat Facebook, Twittter, Blog, YouTube dan sebagainya kita dapat melihat  Kelantan adalah sangat mirip dengan Fathoni (Patani), Narathiwat, Yala dan Songkhla.  Baru ini saya berjumpa dengan seorang kerabat Kelantan yang mempunyai saudara-mara Siam beragama Buddha di Bangkok.

So Kelantan is a slightly different cup of  kopi O.

Apa kesannya ke-Kelantanan ini kepada Pas? Jelas Pas sangat memerlukan kepada Kelantan. Walaupun mempunyai ahli di semua negeri di Malaysia,  politik Pas tidak dapat mengelak daripada  Kelantan-centric nya.  Itulah sebabnya Pas gagal di hampir semua negeri lain. Terengganu dan Kedah adalah unik sebab Pas mempunyai sejarah asasnya di Kedah juga.  Terengganu juga agak terpencil sebelah jirannya Kelantan.  

Oleh itu kita melihat kerajaan negeri Kelantan sanggup memberi cuti lepasan am untuk orang Kelantan pergi merayau dan merayap berdemonstrasi jalanan di Kuala Lumpur.  They do not even have priorities.  Mereka akan terus mundur dan miskin untuk masa yang agak lama juga.

Pas perlu melepaskan  diri daripada ke-Kelantanan ini jika mereka ingin relevan. Lagipun Pas tidak pernah relevan. Seperti di Kelantan. Walaupun Pas memerintah hampir 30 tahun, Kelantan masih mundur dan miskin. Pas tidak ada relevan untuk memajukan negeri Kelantan. 

4.  Hadi adalah dinosaur.   Pada personalitinya Hadi kurang inteligen dan tidak mempunyai IQ untuk meninggalkan taktik murahan yang lebih mudah dibaca daripada skrip wayang Bollywood  gred C.  Hadi berkelulusan agama dari Arab Saudi.  Maksudnya Hadi mengalami handicap atau kecacatan yang sangat serius. Arab Saudi bukanlah negara yang berjaya atau maju. Kekayaan duit minyak mereka dihasilkan oleh Amerika dan Eropah. Baru ini kerajaan Arab Saudi telah membunuh seorang wartawan bernama Jamal Khashoggi di dalam pejabat duta Saudi di Istanbul. Peristiwa ini telah mengejutkan dunia (kecuali OSTB)  akan kejahilan (barbaric)  budaya Arab Saudi.  Budaya barbaric yang diajar di universiti mereka.  

Sekarang Hadi sudah jadi pelacur politik yang telah menjual Pas kepada Umno. Hadi sekarang bergelut dalam kes di mahkamah atas tuduhan Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno.

Hadi sudah membawa malapetaka yang besar kepada Pas.

5. Kejahilan Hadi sebagai seorang lebai dan pemimpin Pas juga membawa kepada perpecahan Pas menjadi Parti Amanah. Tanggapan am ialah ramai ahli Pas yang lebih rasional dan inteligen telah meninggalkan Pas untuk menubuhkan Amanah.  

Tanggapan ini juga boleh dilihat kebenarannya apabila parti baru lahir Amanah itu dapat menang 10 kerusi Parlimen dan beberapa kerusi DUN pada PRU14.

Yang tinggal dalam Pas adalah kaum lebai totok, kaum sempit pemikiran daerahan, ahli 'Kelantanan' - pusat politik Pas, dan yang terbaru sekarang "pelacur politik" upahan UMNO, yang diketuai oleh Hadi.

Kehadhiran hanya 30,000 orang pada demonstrasi jalanan semalam di Kuala lumpur menunjukkan Pas sudah gagal.  Jika kita menolak bilangan ahli UMNO yang hadhir (hampir separuh) dan Polis undercover (Polie preman) maka bilangan ahli Pas yang turut hadhir hanya beberapa ribu sahaja.

Dan mereka terpaksa dibayar upah RM200 untuk hadhir. 

UMNO dan Pas keduanya sedang dimasukkan dalam kubur masing-masing.


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QFC5bt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.