Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Acah “Avengers : Endgame” Kini Menjadi Video Acah Yang Paling Ditonton Dalam Tempoh 24 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Acah “Avengers : Endgame” Kini Menjadi Video Acah Yang Paling Ditonton Dalam Tempoh 24 Jam

Marvel Studios telah pun menerbitkan video acah “Avengers : Endgame” pada penghujung minggu, sekaligus membuatkan ramai peminat siri filem Marvel menontonnya dan membincangkan pelbagai plot yang mungkin hadir pada filem berkenaan. Menariknya, dengan populariti filem “Avengers”, kini Marvel turut berjaya memecah rekod untuk video acah yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam.

Video acah “Avengers : Endgame” ini memecah rekod dengan angka tontonan mencapai 289 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Angka ini meliputi jumlah tontonan yang berlaku pada pelbagai platform yang diterbitkan oleh Marvel Studios – termasuk YouTube, Twitter, dan Facebook. Seperti ramai sedia maklum, terdapat juga beberapa saluran lain yang turut memuat-naik video acah yang sama.

Sebelum ini, rekod berkenaan turut dipegang oleh satu lagi filem Avengers, iaitu dengan “Avengers : Infinity War” dengan angka tontonan sebanyak 230 juta dalam tempoh 24 jam pertama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Qnec9q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.