Kad Hadiah Google Play Kini Boleh Dibeli Di 7-Eleven – Kad Prabayar Untuk Google Play Store
Tahukah anda yang Google mempunyai kad prabayar tersendiri – Kad Hadiah Google Play? Ia sudah lama wujud, cuma belum sampai di Malaysia. Kad ini akan menambah kredit dalam akaun Google Play Store untuk tujuan membeli aplikasi, e-buku atau filem dari Google Play Movies.
Akhirnya, Kad Hadiah Google Play atau turut dikenali sebagai Google Play Gift Cards tiba di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Google Payment Malaysia Sdn. Bhd (GPMY) dan setiap prabayar yang dibeli adalah dalam bentuk kad. Pada kad tersebut akan terdapat kod untuk ditebus kepada nilai yang dibeli dan akan dimasukkan dalam Play Balance. Untuk membeli di Malaysia, Google bekerjasama dengan 7-Eleven. Kad prabayar yang boleh dibeli adalah RM50, RM100 dan RM200. Sebanyak RM2,999 sahaja yang boleh disimpan dalam satu akaun.
Tidak pasti jika anda membeli atau menerima kod dari luar negara, ia boleh ditebus untuk akaun Malaysia ataupun tidak. Atas percubaan saya, PayPal menolak belian Kad Hadiah Google Play – hanya akaun Amerika Syarikat sahaja boleh. Untuk keselamatan dan elak daripada kerugian, lebih baik cari 7-Eleven berdekatan dan beli terus kad fizikalnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AdPXAz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment