Pekerja Amazon Di Minneapolis Berdemo Untuk Masa Bersolat Lebih Lama
Amazon ialah antara lima syarikat dengan nilai tertinggi di dunia. Selama beberapa hari tahun ini, ini berjaya memintas Apple sebagai syarikat paling bernilai apabila harga saham keseluruhan melangkaui $1 trilion. Tetapi kejayaan ini dibina di belakang kudrat pekerja yang mendakwa dilayan secara tidak berperikemanusiaan.
Di Minneapolis, pekerja gudang Amazon beragama Islam melakukan demo aman meminta masa yang lebih lama di dalam setiap syif untuk melakukan ibadah solat. Pada waktu ini seorang pekerja diberikan dua waktu rehat selama 15 minit dan satu waktu rehat selama 30 minit untuk syif selama 12 jam. Menurut pekerja waktu rehat yang diberikan ini tidak mencukupi untuk pekerja Muslim bersolat.
Pihak Amazon telah mengeluarkan kenyataan untuk berbincang dengan wakil pekerja dan mendengar maklum balas mereka. Ruang solat kini akan disediakan di dalam gudang Amazon bagi membolehkan ibadah dilakukan dengan selesa.
Sungguhpun begitu pekerja di gudang Amazon sudah lama meminta Jeff Bezos supaya mendengar keluhan mereka. Mereka perlu memenuhi kuota membungkus di antara 240-400 kotak setiap jam. Ini bersamaan dengan satu kotak setiap 10-15 saat. Pekerja yang tidak memenuhi kuota menghadapi risiko dibuang kerja. Terdapat laporan pekerja membuang air kecil di stesen pembungkusan kerana risau dibuang kerja kerana terlambat di tandas. Demo turut dilakukan di beberapa gudang lain Amazon yang memintas Jeff Bezos supaya tidak melayan pekerja seperti robot sehingga mereka menghadapi masalah mental dan kecederaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ErT9eD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment