Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Lovot Dilancarkan Di Jepun Bagi Memerangi Kesunyian Pemilik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Lovot Dilancarkan Di Jepun Bagi Memerangi Kesunyian Pemilik

Kita sudah tidak mampu lagi menentang kemasukan robot di tempat kerja. Ia telah menggantikan manusia di gudang dalam pengurusan bungkusan di Subang. Ia juga sudah mampu memasak ayam goreng di Jepun. Terkini sekali lagi robot telah dihasilkan di Jepun bagi menentang kesunyian di kalangan warga Jepun.

Lovot ialah robot yang dicipta untuk memberikan kasih sayang kepada pengguna. Bahkan nama Lovot adalah gabungan perkataan Love dan Robot dalam bahasa Inggeris. Ia akan menjadi panas apabila disentuh, tidur apabila dipeluk dan mengecam wajah pengguna. Robot ini dibangunkan oleh syarikat Groove X. Terdapat tiga roda pada bahagian bawah Lovot yang membolehkannya bergerak dengan bebas di dalam rumah.

Ia bercakap seperti seorang bayi dengan kemampuan menyimpan tayar untuk berdansa. Apabila kekurangan bateri ia akan kembali ke dermaga pengecasan dan menutupkan mata seakan tidur. Selain menghiburkan seisi keluarga, Lovot boleh berfungsi sebagai kamera keselamatan, kamera memantau bayi tidur dan robot yang mempelawa tetamu masuk ke rumah.

Lovot akan dijual tahun hadapan pada harga 349,000 Yen (~RM 12,948) sebuah dengan bayaran bulanan untuk perkhidmatan sebanyak 9,980 Yen (~RM 371). Ia mungkin tidak masuk akal bagi penduduk di Malaysia tetapi di Jepun terdapat ramai insan yang kesunyian kerana kesibukan kerja dan tiada masa untuk berinteraksi dengan manusia sebenar. Tahun ini hologram bekecerdasan buatan Gatebook juga mula dijual di Jepun sebagai isteri maya kepada golongan Otaku.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2A5urhg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.