Hi! Welcome Back and Stay Tune! RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL. Jarang saya mengulas isu ni di facebook tapi memang saya sentiasa ikuti kes Muhammad Adib Mohd Kassim atau lebih mesra di panggil adib seorang anggota bomba yang tidak bersalah di pukul sehingga cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lalu. Selepas tiga minggu bertarung nyawa di ICU semalam.. lebih kurang pukul 9.41pm Adib menghembuskan nafas terakhir & meninggalkan kesan luka yang amat mendalam kepada rakyat malaysia terutama ahli keluarga, rakan sekerja & tunangnya.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Apapun terlebih dahulu saya ucapakan salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Adib, seluruh jabatan bomba & semua sanak saudara, rakan taulanda Allahyarham. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba hamba yang di kasihi. Dia berjihad untuk menjaga ketenteraman awam & terkorban dalam rusuhan tersebut. Innalillahiwainnalillahhirojiun..

Saya tak nak cakap isu kaum ke apa.. Tapi sejak semalam saya dok baca komen2 netizen yang mendesak pihak berkuasa memberi pembelaan sewayarnya kepada kematian adib & menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan. jelas terpancar kemarahan rakyat Malaysia tak kira apapun kaum atas apa yang berlaku.

Kes Adib kini dah menjadi kes bunuh.. Sebelum ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh mangsa. Kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh anggota bomba Muhammad Adib di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov lalu, kini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuhHope si pelaku menerima hukuman setimpalnya.

Adib yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 22 disember ni.. Namun Apakan daya, Janji Allah itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita merancang tapi Allah terlebih dahulu menulis perjalanan hidup & mati kita. Semoga Tunang Adib kuat & tabah hadapi ujian besar ni.


Apapun sebagai orang awam & rakyat Malaysia saya juga berharap hukuman berat keatas semua pesalah. Moga tiada hak istimewa di beri kepada pesalah pesalah yang memukul & menyebabkan kecederaan parah anggota keselamatan yang menjalankan tugas sehingga meninggal dunia akibat dari kecederaan yang di alami. Memang tengok muka seseko rasa macam nak tunjal tunjal kepala. Tapi sebab negara kita ada undang undang.. Biar undang undang menghukum mereka. Kalau kita hukum depa.. kita pulak kena tindakkan undang undang nanti.

Antara Suspek kes pukul anggota bomba semasa rusuhan di kuil.

Moral of the story.. Jangan kerana nila setitik kita menghukum sesuatu agama & bangsa tu. Sebab yang jahat ada individu bukan agama & bangsanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BqJMZx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.