Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Hadir Dengan XPS 13 Baru – Kini Menyertakan Kamera Pada Bahagian Atas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Hadir Dengan XPS 13 Baru – Kini Menyertakan Kamera Pada Bahagian Atas

Dell kini telah pun hadir dengan kemaskini Dell XPS 13 yang terbaru – dimana mereka meneruskan rekaan premium nirbingkai bersama-sama komputer riba ini.

Dell XPS 13

Berbanding dengan rekaan sebelum ini, Dell XPS 13 yang baru ini membawakan sedikit perubahan. Kedudukan webcam kini bukan lagi dibawah seperti sebelumnya, tetapi diposisikan pada bahagian atas. Ini sekaligus mengatasi pelbagai aduan pengguna berkenaan dengan kedudukan kamera yang mungkin kurang mesra panggilan video.

Walaubagaimanapun, kamera yang ditawarkan hanyalah kamera biasa, dan tiada sokongan inframerah untuk Windows Hello. Sebagai alternatif untuknya, Dell XPS 13 kini menyertakan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Spesifikasi lain adalah lebih kurang sama seperti komputer riba lain, termasuk penggunaan skrin 13-inci dengan pilihan paparan sehingga 4K, cip Intel Core generasi kelapan, selain memori sehingga 16GB RAM. Dell mengatakan komputer riba ini kini menawarkan masa penggunaan sehingga 21 jam lamanya.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk komputer riba generasi baru ini masih tidak diketahui lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ABEZ7M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.