Google Assistant Connect Adalah Skrin E-Ink Dan Butang Seru Untuk Pembesar Suara Pintar
Sebelum kehadiran paparan pintar seperti Google Home Hub atau Amazon Alexa Show, peranti berhubung yang popular dengan pembantu maya adalah pembesar suara pintar. Antara yang popular adalah siri Google Home dan siri Echo.
Tetapi bagaimana jika pengguna pembesar suara pintar ini ingin menaik taraf kepada versi yang ada skrin tetapi tidak membeli baru sebuah paparan pintar? Google selesaikan masalah ini dengan memperkenalkan Google Assistant Connect. Ia adalah satu sistem yang boleh selarikan antara pembesar suara pintar sedia ada ke paparan e-ink atau butang khas atau barangan elektrik lain.
Untuk paparan e-ink antara informasi yang boleh dipaparkan adalah anggaran masa pergi/pulang ke rumah/tempat kerja, cuaca dan lain-lain lagi. Paparan ini turut boleh diletakkan pada peti ais melalui magnet yang terbina di belakang gajet ini.
Selain itu, Google turut memperkenalkan sejenis butang untuk menyeru Google Assistant. Butang ini mungkin akan hadir sebagai satu produk tersendiri atau boleh diintegrasi ke barangan elektrik lain oleh pengeluar. Jadi kelak, tidak mustahil jika para pengeluar akan hadir dengan gajet dengan Google Assistant terbina pada harga mampu milik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SEADEc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment