Xiaomi Melancarkan Mi AirDots Pro – Set Fon Telinga Nirwayar Sebenar Seakan AirPods
Bulan November tahun lepas, Xiaomi telah melancarkan Mi AirDots iaitu set fon telinga nirwayar sebenar. Perkara menarik mengenai AirDots adalah ia berharga mampu milik dan menggunakan teknologi Bluetooth 5.0.
Hari ini, Xiaomi melancarkan satu lagi set fon telinga nirwayar sebenar – Mi AirDots Pro. Dengan nama ‘Pro’ di belakang kita sudah tahu yang harganya pasti akan lebih mahal serta mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. Mi AirDots Pro mempunyai rekaan mirip Apple AirPods, di mana ia mempunyai tangkai yang panjang serta mempunyai kerangka kuasa tersendiri.
Mi AirDots Pro hadir dengan fungsi kawalan sesentuh, pengurangan bunyi hingar untuk panggilan telefon, tambatan dua Mi AirDots Pro pada satu peranti untuk mendengar muzik bersama, sensor infra merah untuk menjeda audio jika fon telinga dikeluarkan dari telinga, driver magnetik + titanium 7mm, pembatalan bunyi hingar aktif dan sistem kecerdasan buatan untuk memberi hasil audio yang baik.
Xiaomi turut mencuba strategi Apple untuk tambatan pantas, tetapi Xiaomi menggunakan perisian sahaja. Selepas tambatan pertama, peranti akan ingat Mi AirDots Pro dan tidak perlu membuat tambatan semula. Mi AirDots Pro mampu tahan selama 70 minit dengan 10 minit pengecasan serta dalam masa satu jam boleh dicas sehingga penuh. Kerangka kuasa boleh mengecas fon telinga selama 2 kali memberikan jumlah 10 jam penggunaan. Port pengecasan adalah melalui port USB-C.
Versi Pro ini dijual dengan tanda harga hampir dua kali ganda dari Mi AirDots sebelum ini, iaitu RMB399 (~RM240) sahaja dan hanya mempunyai warna putih.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FhkzF7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment