Huawei Nova 4 Dengan Skrin Berlubang Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
Huawei Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran Huawei Nova 4 pada minggu hadapan, 16 Januari 2019.
Huawei Nova 4 sebelum ini telah dilancarkan di China. Ia membawakan rekaan skrin menyeluruh dihadapan, dan kamera hadapan diposisikan pada bahagian skrin berlubang. Langkah ini dilihat boleh mengatasi penggunaan takuk yang menggunakan lebih banyak ruangan skrin.
Dari segi spesifiaksi, Nova 4 hadir menggunakan skrin 6.4-inci, dijana cip Kirin 970, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan tri-kamera dibelakang – dengan pilihan sensor kamera sehingga 48-megapixel. Untuk rakaman swafoto pula, Nova 4 menggunakan kamera 25-megapixel.
Telefon pintar ini dijana dengan bateri berkapasiti 3750mAh yang dicas menggunakan kabel USB-C. Pengimbas cap jari turut diposisikan pada bahagian belakang peranti.
Kita akan mengetahui lanjut mengenai tarikh jualan dan harga jualan rasminya untuk pasaran tempatan pada 16 Januari 2019 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ABC6DY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment