Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tim Cook : Apple Akan Umum Perkhidmatan Baru Pada Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tim Cook : Apple Akan Umum Perkhidmatan Baru Pada Tahun Ini

Apple pada hari ini mempunyai beberapa perkhidmatan dibawah mereka, termasuk salah satu yang popular dan ditawarkan untuk multi-platform adalah Apple Music. Kini, selain daripadanya, Tim Cook berkongsi hari ini mengatakan Apple akan hadir dengan sebuah perkhidmatan baru pada tahun 2019 ini.

Tim Cook melalui temuramah bersama CNBC mengatakan yang mana mereka telah membangunkan perkhidmatan baru ini sejak beberapa tahun lepas, dan menyasarkan untuk melancarkannya pada tahun ini.

Apa pun, beliau tidak mengumumkan apakah perkhidmatan baru tersebut.


Mengikut pelbagai spekulasi dan desas-desus, Apple dijangka memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka pada tahun ini – sekaligus menyaingi perkhidmatan seperti Netflix dan sebagainya. Malah, pada acara CES 2019 ini, sejumlah pengeluar televisyen telah mengumumkan sokongan untuk AirPlay 2 pada televisyen mereka – suatu perkara yang jarang berlaku, dan memberikan petanda perkhidmatan penstriman video berkenaan akan dilancarkan pada tahun ini.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perkhidmatan baru daripada Apple ini dalam bulan-bulan akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Ccig26

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.