SanDisk Memperkenalkan Beberapa Storan SSD Baru Termasuk Prototaip Pemacu USB-C 4TB
Tahun lepas pada acara CES 2018, SanDisk telah memperkenalkan pemacu USB-C terkecil dunia dengan storan 1TB. Tetapi ia hanya satu prototaip dan tidak dijual kepada umum. Tahun ini SanDisk turut menyertai acara CES 2019 dan telah memperlihatkan empat produk storan baru.
Paling mengambil perhatian adalah prototaip pemacu USB-C dengan storan sebesar 4TB. Ia mempunyai rekaan yang hampir dengan pemacu USB klasik, tetapi sedikit lebih besar dan/atau rekaan SSD luaran kecil. Ia mempunyai satu kabel USB-C pendek untuk penyambungan. Tetapi ini hanyalah satu prototaip dan ia mungkin akan terkubur di arkib seperti nasib prototaip pemacu USB-C 1TB sebelum ini. Tiada anggaran harga lagi, tetapi menurut The Verge – pemacu USB dengan storan 2TB dijangka akan dijual pada harga sekitar $1200, jadi tidak dinafikan jika pemacu USB-C 4TB ini mencecah harga $2000.
Bersama-sama dengan prototaip ini, SanDisk turut hadir dengan SanDisk Extreme Pro Portable SSD. Ia adalah storan mudah alih SSD dengan kemampuan memindahkan fail dengan kelajuan sehingga 1GB/s. Ia juga mempunyai rekaan tahan lasak dengan perlindungan IP55. Produk storan mudah alih lain adalah My Passport Go. Ia adalah pemacu keras SSD luaran yang direka khas untuk dibawa ke mana sahaja. Mempunyai storan dari 500GB hingga 1TB dan rekaan getah tebal di sekeliling untuk tahan hentakan.
Akhir sekali, SanDisk turut memperkenalkan perkhidmatan storan awan baru – SanDisk Flashback. Ia adalah perkhidmatan storan awan untuk membuat sandaran fail daripada pemacu USB SanDisk. Selain daripada membuat sandaran, ia juga boleh dijadikan sebagai storan awan biasa untuk diakses di mana sahaja.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2siLRm2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment