Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZenPod Adalah Kerangka Apple AirPod Dengan Pemutar Kegelisahan Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZenPod Adalah Kerangka Apple AirPod Dengan Pemutar Kegelisahan Terbina

Pemutar kegelisahan ataupun fidget spinner adalah sejenis mainan yang mula tular pada tahun 2017. Sejak ia tular, banyak pengeluar gajet/akseori mula mengimplementasikan pemutar kegelisahan ini pada produk-produk mereka. Contoh adalah kerangka iPhone 7, Chilli Spinner Phone, pemutar kegelisahan dengan sokongan bluetooth dan banyak lagi.

Tidak pasti jika tahun 2019 akan menjadikan pemutar kegelisahan ini popular semula. Ini kerana, Air Vinyl telah lancarkan ZenPod – iaitu kerangka Apple AirPods dengan pemutar kegelisahan terbina. ZenPod menggunakan bahan kemasan kulit dan bingkai yang diperbuat daripada polikarbonat dan bearing yang diperbuat dengan lapisan aluminium.

Pemutar kegelisahan bukan sahaja mainan yang biasa-biasa sahaja, tetapi ia turut boleh menenangkan mereka yang mempunyai masalah PTSD, ADHD atau stres. Dengan ZenPod, bagi pengguna Apple AirPods yang kerap ‘gelisah’ seperti membuat panggilan kepada kekasih menggunakan AirPods, tetapi tidak terjawab – kini boleh tenangkan diri.

ZenPod hadir dengan tiga pilihan warna; hitam, hitam/perak atau coklat/perak dan dijual dengan tanda harga $29.99 (~RM123) sahaja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2H5Eadd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.