Digi Mengumumkan Kerjasama Dengan Mastercard Dan MPay – Akan Menawarkan Kad Prabayar Digital
Digi hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama pihak ManagePay (MPay) dan juga Mastercard, dimana melalui kerjasama ketiga-tiga pihak ini, mereka akan mula menawarkan sebuah kad prabayar digital bagi memudahkan para pengguna mendapatkan akses kad untuk membuat pembelian secara atas-talian atau pada kedai-kedai fizikal yang menerima kad Mastercard di seluruh dunia.
Buat masa ini, ia dilihat kad digital ini masih belum ditawarkan lagi dan Digi mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar pertengahan pertama 2019 ini.
Digi mengatakan pengguna boleh membuat pendaftaran, mengaktifkan dan menggunakan kad digital berkenaan terus melalui sebuah aplikasi yang ringkas. Hal ini sekaligus akan memudahkan lagi generasi digital untuk mendapatkan kad untuk tujuan pembayaran – dan tidak perlu risau dengan pelbagai perkara lain yang sering dikaitkan dengan kad kredit.
Dengan lebih ramai syarikat memfokuskan kepada transaksi nirtunai, mungkin kad prabayar daripada Digi dan Mastercard ini akan mendapat perhatian ramai dalam mendapatkannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan kad prabayar digital ini secara rasminya dalam beberapa bulan lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VtmJXp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment