Penggunaan Sistem Operasi Windows 10 Melangkaui Windows 7 Buat Pertama Kalinya
Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Microsoft telah mengakhiri 2018 sebagai syarikat yang paling berharga di dunia. Kini, laman web penyelidik pasaran Net Applications pula mengatakan bahawa sistem operasi Windows 10 kini memintas Windows 7 sebagai sistem operasi desktop paling popular di dunia.
Menurut Net Applications, sistem operasi Windows 10 kini mempunyai pegangan pasaran sebanyak 39.22 peratus berbanding dengan Windows 7 yang turun 1,99 peratus kepada 36.9 peratus di tempat kedua. Sistem operasi Windows 8 dan 8.1 pula masing-masing mempunyai pegangan pasaran sebanyak 0.88 peratus dan 4.45 peratus.
Gabungan kesemua pegangan kesemua sistem-sistem operasi Windows ini bermakna Microsoft memegang ketat pasaran sistem operasi desktop di dunia dengan 86.2 peratus. Menurut Net Applications juga, pegangan Microsoft jatuh pada tahun lepas sebanyak 0.83 peratus berbanding dengan 88.51 peratus pada penghujung tahun 2017.
Menurut laporan Venture Beat, data Net Applications diambil daripada data 160 juta pelawat unik dari 40 ribu laman web yang dijaga oleh mereka sepanjang tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2R87cxq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment