Rolls Royce Sedang Membangunkan Pesawat Elektrik Terpantas Di Dunia
Teknologi kuasa elektrik sedang digunakan dengan meluas di dalam sektor automotif. Hampir kesemua pengeluar kenderaan utama dunia sudahpun memasarkan kenderaan elektrik atau hibrid mereka. Dunia aeronautik juga tidak mahu ketinggalan dan Rolls Royce telah mengumumkan pembangunan pesawat elektrik yang cuba memecahkan rekod dunia yang dicatatkan pada tahun 2013.
Pesawat elektrik terpantas ini akan dibangunkan dengan kerjasama YASA dan menggunakan teknologi yang sebelum ini digunakan pada perlumbaan Formula E. Pembinaannya adalah sebahagian daripada projek Accelerating the Electrification of Flight (ACCEL) yang ingin mempercepatkan proses penggunaan kuasa elektrik pada pesawat.
Sasaran selain terbang pada kelajuan 480 km/j ialah membangunkan bateri berkepadatan paling tinggi yang bukan sahaja boleh membekalkan kuasa yang secukupnya malahan adalah lebih ringan berbanding bateri sedia ada. Dengan sekali caj, pesawat ini harus mampu terbang dari sehingga 320 kilometer dengan sekali caj. Pesawat ini dijangka melakukan penerbangan memecahkan rekod dunia pada tahun 2020 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CLlo6J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment