Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panel OLED 13.3″ Dan 8.3″ Dengan Resolusi 8K Serta Kadar Segar Semula 120Hz Telah Dihasilkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panel OLED 13.3″ Dan 8.3″ Dengan Resolusi 8K Serta Kadar Segar Semula 120Hz Telah Dihasilkan

Panel 8K OLED buat masa ini sudah ditawarkan pada televisyen kelas tinggi dengan saiz skrin mencecah 85-inci. LG dan Samsung adalah dua syarikat yang menawarkan skrin TV pada resolusi yang amat tinggi ini bagi mereka yang berkemampuan. Dalam masa terdekat panel skrin 8K bersaiz kecil akan menjadi kenyataan.

Semiconductor Energy Laboratory (SEL) telah memperlihatkan panel OLED bersaiz 13.3″ dan 8.3″ dengan resolusi 8K. Panel 13,3″ turut menyokong kadar segar semula 120Hz manakala panel 8.3″ pula pada kadar segar semula 60Hz.

Dengan resolusi 7680×4320 pixel, panel 8.3″ ini mempunyai kepadatan pixel 1062 PPI. Ini menjadikannya panel dengan kepadatan pixel tertinggi melangkaui 806 PPI yang ditemui pada skrin 5.5″ Sony Xperia Z5 Premium tiga tahun yang lalu.

Tidak seperti Samsung dan LG, SEL tidak mempunyai kemampuan untuk mengilangkan panel mereka sendiri. Mereka kini sedang mencari rakan perniagaan yang boleh menghasilkan tablet dan komputer riba dengan skrin beresolusi amat tinggi mereka ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VoO4Ka

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.