Sony Akan Hadir Dengan Sistem Pengecaman Wajah Berasaskan Laser – Lebih Jitu Daripada Face ID
Sistem pengecaman wajah adalah cara baru yang lebih mudah untuk menyahkunci peranti. Apple adalah yang pertama hadir dengan sistem pengecaman wajah 3D, Samsung pula antara yang pertama hadir dengan imbasan mata melalui sensor infra merah dan Xiaomi pula menggunakan sensor infra merah untuk imbas wajah.
Kini, Sony turut dilihat akan hadir dengan sistem pengecaman wajah tersendiri. Menurut Sony, mereka akan hadir dengan sistem pengecaman wajah berasaskan laser pada peranti mereka dan dikatakan adalah lebih jitu dari Apple Face ID. Menurut ketua bahagian sensor Sony, Satoshi Yoshihara – Sony akan hadir dengan sensor 3D untuk kedua-dua kamera utama dan kamera swafoto. Kemudian, menurut beliau – kamera pada telefon pintar semakin berevolusi dan yakin dengan teknologi sensor 3D ini.
Menarik dengan sensor 3D Sony ini adalah ia menggunakan denyutan isyarat dan akan mengukur masa denyutan tadi pantul semula. Ia adalah seakan gema yang digunakan oleh seekor kelawar. Sensor Sony ini juga mampu mengimbas sejauh 5 meter. Sensor ini akan hadir bermula tahun ini dan akan diimplementasikan kepada telefon pintar. Tidak dinafikan, sensor ini adalah sejenis sensor ToF seperti yang terdapat pada Oppo R17 Pro.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2F75TYC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment