MyEG Bakal Hadir Dengan Penawaran Dompet Digital Mereka Tersendiri – iPayEasy
MyEG, salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan pembayaran untuk pelbagai agensi kerajaan kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan dompet digital mereka tersendiri.
Dinamakan sebagai iPayEasy, ia telah pun menerima pengesahan pihak Bank Negara Malaysia, selain pada masa yang sama ditawarkan melalui Google Play Store dalam bentuk ujian.
iPayEasy ini akan menggunakan sokongan kod QR untuk transaksi nirtunai, dan seperti beberapa dompet digital yang berada dipasaran hari ini, pengguna perlu membuat tambah-nilai ke dompet diigtal iPayEasy terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.
Pihak MyEG dijangka melancarkan dompet digital ini dalam beberapa bulan lagi. Mungkin kita akan dapat melihat pelbagai syarikat dan kedai-kedai diluar sana mula mengadaptasi dan menyokong penerimaan bayaran melalui iPayEasy ini dalam bulan-bulan akan datang.
Uji : iPayEasy di Google Play Store
Layari : iPayEasy
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VpUpFb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment