Hi! Welcome Back and Stay Tune! 11 Tempat Menarik Di Tenom Yang Mesti Anda Kunjungi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

11 Tempat Menarik Di Tenom Yang Mesti Anda Kunjungi

Daerah Tenom terkenal dengan kopinya yang berbau harum serta harganya yang berpatutan. Walaubagaimanapun, selain dari kopi, banyak lagi tempat menarik di Tenom yang boleh anda kunjungi. Antaranya ialah, Pammos View Batu 15.5 jalan Keningau-Tenom, Pusat Kebudayaan Murut, Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom Fatt Choi (TFC Starbuck) dan Kilang Kopi Yit Foh, Padas White River Rafting dan Batu Berukir di Kampung Bakuku, Ulu Tomani.

1. Pammos View Batu 15.5 Kampung Pamilaan

Pammos View yang terletak di Kampung Pamilaan, Tenom sememangnya terkenal sebagai tempat utama penduduk dari daerah Keningau dan Tenom untuk beriadah, bermandi-manda, berbeku dan juga beristirehat terutamanya pada waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Tempat ini terletak lebih kurang 20 km dari pekan Keningau atau 28km sekiranya bertolak dari pekan Tenom, Sabah. Kos untuk mendaftar masuk ke tempat ini hanyalah RM 2.00 seorang dan tiada yuran dikenakan kepada kanak-kanak  dibawah 5 tahun. Pammos View juga menyediakan kemudahan seperti kedai runcit dan juga penginapan khas bagi sesiapa yang bercadang untuk menginap atau merasai suasana tenang di tempat ini.

kredit: Pammos View

kredit: Pammos View

2.Pusat Kebudayaan Murut

Pusat Kebudayaan Murut ini juga merupakan salah satu tempat yang menarik di Tenom. Terletak lebih kurang 13 Km dari Pekan Tenom,di Kampung Pulong, tempat ini merupakan satu-satunya tempat yang memaparkan seni bina dan kebudayaan serta tradisi Kaum Murut khasnya. Banyak bahan bersejarah yang dipamerkan di tempat ini, ini termasuklah peralatan, pakaian, alat muzik seperti gong dan sebagainya. Untuk masuk ke tempat ini, yuran sebanyak RM 5.00 dikenakan kepada orang dewasa dan pelajar dikenakan RM 3.00 seorang.

Kredit: Pusat Kebudayaan Murut

 

Kredit: hiburansabah

3. Taman Pertanian Lagud Sebrang

Taman Pertanian Tenom Lagud Sebrang merupakan salah satu daya tarikan utama di Daerah Tenom. Pelbagai jenis tanaman boleh ditemui di tempat ini. Disebabkan kawasannya yang cantik, segala tanaman ditanam secara terancang dengan landskap yang menarik menjadikan tempat ini dijadikan tempat bagi pasangan yang bakal berkahwin sebagai latarbelakang gambar “pre-weeding” mereka. Taman ini terletak lebih kurang 10 Km dari Pekan Tenom. Antara daya tarikan di tempat ini ialah jungle trekking, taman haiwan, tasik, pusat lebah, muzium tumbuhan hidup dan sebagainya.

 

4. Kilang Kopi Yit Foh

Kilang Kopi Yit Foh tidak asing lagi bagi penduduk setempat khasnya di Daerah Tenom. Selain kawasan kilang yang cantik, anda juga boleh duduk dengan secawan kopi dengan harga yang berpatutan. Anda boleh membeli produk kopi secara terus dari kilang ini. Anda juga boleh mendapatkan produk kopi dalam bentuk cenderahati dalam kotak khas untuk diberikan kepada rakan-rakan ataupun sebagai hadiah. Kilang ini terletak lebih kurang 5 Km sahaja dari Pekan Tenom.

5. Kilang Kopi Fatt Choi

Kilang Kopi Fatt Choi pula terkenal disebabkan daya tarikannya yang sendiri. Fatt Choi juga dikenali sebagai Starbucks Coffee disebabkan rasa kopinya yang sangat sedap. Rasa kopi yang lazat dan berlemak menjadikan tempat ini sangat terkenal dan sentiasa dikunjungi ramai. Mudah sahaja untuk pergi ke tempat ini, jika anda bersiar-siar di sekitar Pekan Tenom, anda pasti akan melalui tempat ini.

Kredit: liewyenweikevin

 

6. Batu Berukir Di Kampung Ulu Tomani

Kredit: tribalsouladventure

Lokasi tempat bersejarah ini adalah di kampung Bakuku, Ulu Tomani. Untuk sampai ke lokasi Batu Berukir di kampung Bakuku, anda perlu menempuhi perjalanan sejauh 65 Kilometer. Pelawat juga perlu berjalan kaki untuk sampai ke tempat ini yang mana memakan masa lebih kurang 30 minit. Untuk maklumat lanjut sila layari website ini.

Kredit: tribalsouladventure

7. Padas White River Rafting

 

Bagi anda yang meminati sukan lasak, aktiviti air atau rafting mungkin paling sesuai buat anda. Di Daerah Tenom juga terdapat aktiviti rafting yang terletak di Sungai Padas, Tenom. Untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu menaiki keretapi daripada stesen keretapi tenom ke Stesen Pangi dan memakan masa lebih kurang 40 minit perjalanan. Jangan risau, tambang keretapi adalah murah dan berpatutan disamping pengalaman menaiki keretapi bagi sesiapa yang belum pernah menaiki kenderaan ini. Perlu diingatkan, aktiviti ini adalah berbentuk pakej dan anda perlu berhubung dengan ejen sukan lasak yang bertauliah dan boleh dipercayai.

8. Tenom Coffee Valley

Tenom Coffee Valley yang baru dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada awal Jun lalu juga merupakan tempat menarik bagi sesiapa yang ingin bersantai sambil menikmati produk kopi. Tenom Coffee Valley menjanjikan makan dan minuman berasaskan produk kopi yang yang sedap dan lazat khas untuk anda. Antara produk kopi ialah enom Black Coffee, Cappuccino, Latte, Mocha, Cocoa, Caramel Macchiato, Tea, smoothies, juices, cakes, muffins dan sebagainya.

Kredit: Tenom Coffee Valley

Kredit: Tenom Coffee Valley

Kredit: Tenom Coffee Valley

Kredit: Tenom Coffee Valley

 

9. Yong Farmstay

Baru dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018, Yong Farmstay merupakan salah satu tarikan baru di Kemabong, Tenom.

Terletak di kampung Pulong, tempat ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, seperti berjalan di jambatan kaca, jambatan gantung, mini zoo, melihat rumah bersejarah dan rumah buluh.

Yuran yang dikenakan ialah RM 28 (Dewasa), RM 15 (Pelajar) dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian 90cm kebawah.

Waktu operasi ialah bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk panduan lokasi sila klik pautan ini.

10. Yit Foh Coffee Park

Merupakan penginapan yang menarik sesuai untuk anda yang ingin bersiar-siar di Daerah Tenom.

Harga penginapan bermula RM 198 (Agoda) untuk 2 orang.

Untuk panduan lokasi, sila klik pautan ini.

11. Muzium Antanom

Merupakan pusat ilmu sejarah terutama berkaitan dengan Kebudayaan dan sejarah Kaum Murut Khasnya di Tenom, Sabah.

Lokasi tempat bersejarah ini boleh diperolehi di pautan ini.

Apakah pendapat anda mengenai tempat-tempat menarik ini ? jika ada sebarang perubahan mengenai salah satu tempat yang dinyatakan, diharap agar anda boleh berkongsi di bahagian komen. Sila tekan butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.

The post 11 Tempat Menarik Di Tenom Yang Mesti Anda Kunjungi appeared first on InfoSantai.



✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H6CeQN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.