Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maxis Memulakan Ujian Rangkaian 5G Di Cyberjaya Minggu Ini – Kelajuan Sepantas 3Gbps Dirakam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maxis Memulakan Ujian Rangkaian 5G Di Cyberjaya Minggu Ini – Kelajuan Sepantas 3Gbps Dirakam

Beberapa minggu lalu, Maxis dan Huawei menandatangani sebuah perjanjian strategik untuk melengkapi syarikat telekomunikasi tersebut dengan perkakasan-perkakasan rangkaian 5G.

Maxis nampaknya sudahpun memulakan ujian rangkaian 5G di Cyberjaya hanya beberapa hari selepas Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa ujian 5G akan dijalankan di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya tidak lama lagi.

Selain daripada ujian kelajuan rangkaian 5G, Maxis menyatakan bahawa mereka juga akan menguji pelbagai ciri-ciri teknologi tersebut, termasuklah kesan sampingan penggunaan spektrum berfrekuensi tinggi, keserasian dengan perkhidmatan rangkaian sedia ada dan juga aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan dengan rangkaian 5G.

Walaupun begitu, dua daripada ciri yang sering diwar-warkan mengenai 5G ialah kelajuan data yang pantas dan juga masa pendam yang rendah. Ujian awal rangkaian Maxis 5G di Cyberjaya dikatakan hadir dengan kelajuan penghantaran data hampir setinggi 3Gbps.

Apa yang menarik mengenai 5G ialah secara teorinya, bukan sahaja ia mampu memberi kelajuan data 10 kali lebih tinggi daripada 4G, tetapi ia turut boleh digunakan untuk menggerakkan teknologi seperti realiti maya Ultra HD, kawalan peranti jarak jauh, penggunaan kecerdasan buatan, peranti berhubung (IoT) dan sebagainya.

Menurut Maxis lagi, ujian rangkaian 5G ini akan dijalankan selama enam bulan di makmal ujian mereka di Cyberjaya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HiNr0a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.