5 Punca Kenapa Makin Ramai Anak Muda Kena Slipped Disc, #1 Selalu Memandu Kenderaan
Tentu ramai yang pernah dengar tentang slipped disc. Ada yang menyebutnya sebagai tulang belakang bengkok menjadi seperti bentuk S jika lambat mendapatkan rawatan. Pengidap biasanya akan merasa kebas di bahagian tangan, leher dan kaki selain kesakitan melampau sehingga membataskan semua pergerakan termasuk kerja.
Dalam untuk memahami apa itu slipped disc kenapa semakin ramai anak muda mengidapnya, baca perkongsian ditulis oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar seperti ditulis di fbnya.
Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar berkata anak muda semakin ramai mengidap slip disc. Jelasnya, semakin ramai anak muda mengidap slipped disc kerana lima sebab ini. Antaranya, trauma/ pernah terjatuh/ kemalangan. Keduanya masalah kegemukan. Ketiganya melakukan pekerjaan berat berulang seperti mengangkat barang dan membongkok. Keempat adalah gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) dan terakhir adalah mereka yang selalu memandu terutama memandu jarak jauh.
Baca perkongsiannya dan sama-samalah kita menjaga kesihatan. Jangan cakap orang muda tak boleh kena slipped disc yang kerana kes ini semakin meningkat.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?” Dia jawab ” Masalah tidur ( sleep) ke doktor?” Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).
Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yang di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya 1/2 inci. Tengok gambar anatomy disc yang di sertakan.
Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, lapisan dalamnya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebabkan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan / dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.
PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air.
Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Memandu jauh boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc di kalangan orang muda
Masalah gemukan boleh menjadi punca slipped disc. Walau bagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena slipped disc. Why? Antara punca nya:-
- trauma / jatuh / accident
- obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
- kerja/aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang /membongkok
- Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang
- selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
Rawatan:
Tak semua Slipped disc perlu pembedahan. Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit. Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation). Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlukan surgery. Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TwUPLT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment