Microsoft Edge Yang Dijana Dengan Enjin Chromium Hanya Akan Menyokong Sistem 64-Bit Buat Masa Ini
Microsoft sebelum ini telah mengumumkan pelayar web Microsoft Edge akan menggunakan enjin berasaskan Chrome. Pengumumuman ini dibuat pada Disember tahun lalu dan kini ia telah dibuka kepada para pembangun untuk mengikuti program Edge Insider Program. Namun pelayar web ini dikatakan hanya akan ditawarkan kepada pengguna yang menjalankan sistem 64-bit, buat masa ini.
Perkara ini telah diperlihatkan melalui halaman dokumentasi ketika pemasangan Microsoft Edge versi Insider. Halaman tersebut memperincikan bahawa pelayar web baru ini hanya akan ditawarkan pada sistem 64-bit sahaja melalui Windows 10 ketika ia berada dalam edisi pembangunan ini.
Microsoft Edge versi baharu ini dijangka akan dipisahkan daripada Windows 10 sekaligus membolehkannya dikemaskini dalam bentuk aplikasi. Ia juga dikatakan akan ditawarkan kepada sistem operasi lain seperti Windows 7, Windows 8.1, dan macOS bagi meningkatkan pertumbuhan pelayar web ini.
Buat masa ini, edisi pembangunan ini hanya dijalankan secara tertutup namun dijangka akan dibuka kepada pembangun lain dalam masa terdekat. Bagi anda yang berminat untuk mengikuti pembangunan Microsoft Edge terbaru ini, anda boleh mendaftarkan diri anda melalui halaman Microsoft Edge Insider Program.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HknKfM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment