Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mempatenkan Rekaan TV Yang Tidak Memerlukan Sebarang Kabel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mempatenkan Rekaan TV Yang Tidak Memerlukan Sebarang Kabel

Televsiyen di rumah mempunyai satu kekurangan yang sudah wujud sejak televisyen generasi pertama dicipta oleh J.L Baird. Ia masih memerlukan kabel kuasa, kabel sambungan AV dan kabel sambungan audio. Ini membuatkan proses pemasangan TV ke dinding kurang cantik kerana wayar yang berselirat. Samsung menawarkan sistem One Connect pada televisyen QLED mereka yang menggantikan kabel dengan satu kabel ultra-nipis.

Di masa hadapan sistem ini juga akan digantikan pula oleh sistem nirwayar sebenar. Samsung telah mempatenkan rekaan televisyen yang langsung tidak memerlukan sebarang sambungan berwayar. Paten yang diterbitkan pada 28 Februari lalu menunjukkan sistem pemancar kuasa yang mengaruh sistem gegelung di dalam tubuh televisyen. Turut dapat dilihat pad ilustrasi paten ialah pembesar suara terbina pada pemancar kuasa.

Sistem pemancaran kuasa dari jarah jauh ialah teknologi yang sudah wujud lebih sedekad tetapi sehingga kini masih belum digunakan secara komersial. Haier pernah menghasilkan prototaip televisyen nirwayar tujuh tahun yang lalu tetapi tidak dijual kepada umum. Di Korea Selatan, KAIST telah menghasilkan pemancar kuasa yang boleh memberikan “kuasa dari udara” untuk televisyen dan 40 telefon pintar serentak dari jarak 5 meter.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HjTuBF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.