Nokia 2 Akhirnya Diberi Kemaskini Android 8.1 Oreo – Ditawarkan Sebagai Kemaskini Pilihan
HMD Global mempunyai rekod yang sangat baik dalam menawarkan kemaskini Android terbaru pada peranti keluaran mereka. Namun terdapat satu peranti yang mempunyai kekangan untuk menerima kemaskini ini iaitu Nokia 2. Setelah mencari solusi dalam menangani isu kemaskini ini, akhirnya pihak HMD Global menawarkan kemaskini Android 8.1 Oreo untuk Nokia 2, namun menetapkannya sebagai sebuah kemaskini pilihan.
Nokia 2 merupakan telefon pintar asas yang dikeluarkan pada tahun 2017 yang dijana dengan Android 7.0 Nougat. Ia dilengkapi dengan spesifikasi yang rendah seperti penggunaan cip Snapdragon 212, memori 1GB RAM, dan mempunyai storan dalaman sebesar 8GB.
Masalah berlaku kerana Nokia 2 bukan peranti Android Go — disebabkan peranti ini dikeluarkan sebelum pengenalan program tersebut. Ia tidak boleh ditukarkan kepada program Android Go kerana Nokia 2 menjalankan sistem operasi Android versi penuh.
Walaupun ia tidak dapat menjalankan edisi Android Go, kemaskini terbaru ini akan tetap menyertakan sejumlah penambahbaikan Android Go di dalamnya, terutama dari segi pengurusan memori.
Bagi pengguna yang menggunakan Nokia 2 dan ingin menggunakan Android Oreo, anda boleh mendaftarkan IMEI peranti anda melalui halaman rasmi Nokia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EFrYvf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment