Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penggunaan Dron Untuk Pos Dan Kurier Boleh Diimplementasi Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penggunaan Dron Untuk Pos Dan Kurier Boleh Diimplementasi Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh hari ini telah pun melancarkan “Parcel Drone Competition” anjuran Pos Malaysia dan juga SKMM. Ketika acara berkenaan, beliau turut mengatakan yang mana penggunaan dron secara komersil dalam industri pos dan kurier boleh diimplementasikan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Pos Dron

Untuk makluman, beberapa negara sebelum ini telah mula menggunakan dron dalam penghantaran barangan dengan lebih pantas kepada penerima, selain pada masa yang sama menjimatkan lagi kos operasi. Malaysia turut tidak ingin ketinggalan, dan telah mula mengambil langkah awal untuknya.

Pos Dron

Selain daripada penghantaran pos, dron juga turut boleh digunakan untuk menghantar bekalan ubat ketika bencana, menghantar barangan ke kawasan yang sukar dicapai melalui jalan darat, selain membantu dalam arena pertanian.

Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Pos Malaysia ini, mereka mencari pemenang yang berupaya menghantar barangan seberat 2kg untuk jarak 2km dalam masa yang terpantas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NTITyF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.