Inilah 9 Pantang Larang Perlu Dielakkan Sekiranya Melancong Ke Jepun
Tidak kira siapapun anda, sekiranya anda ke luar negara, sila jaga kelakuan dan perangai kerana anda secara tidak langsung membawa imej negara kita Malaysia.
Jepun merupakan antara lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia. Antara tempat yang menjadi pilihan termasuklah Tokyo dan Kyoto. Tidak kiralah ke mana sekalipun anda pergi melancong, seeloknya kita perlu tahu budaya dan pantang larang setempat agar kita tidak dipandang rendah.
Negara Jepun sememangnya terkenal dengan budaya lemah lembut dan sopan santun. Sekiranya anda merancang untuk ke Jepun dalam masa terdekat, pastikan anda tidak membuat pantang larang berikut.
Bersin Di Tempat awam
Bersin di khalayak ramai di Jepun dianggap tidak sopan kerana dianggap perbuatan yang kotor. Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang amat tinggi. Kalau boleh, tahan bersin atau cari tempat sunyi dan bukan di kawasan orang ramai. Sebaiknya pakai topeng muka yang selalu digunakan oleh orang jepun jika kurang sihat.
Tiada Tipping
Sesetengah tempat memberi tipping adalah perkara biasa. Tetapi di negara jepun, adalah sebaliknya. Amalam ini dianggap kurang sopan jika anda memberi tipping. Ini kerana, upah kerja yang dilakukan oleh mereka adalah hasil dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Jika anda tehutang budi kepada seseorang di sana, pemberian kecil seperti hadiah lebih disenangi berbanding duit.
Tunduk atau “BOW’
Masyarakat Jepun sangat terkenal dengan budaya tunduk dan bow, amalan ini sering dilakukan ketika bertemu dengan individu lain untuk menunjukkan tanda hormat dan ingin menyapa dengan baik. Tetapi perlu diingatkan jangan terlampau tunduk ke bawah kerana ianya akan kelihatan pelik.
Jangan membuang sampah merata-rata
Negara Jepun terkenal dengan negara yang bersih dan paling susah untuk anda menemui sampah. Mereka sangat cinta akan kebersihan negara mereka dan tidak sesuka hati untuk mengotorkan negara mereka. Oleh itu, jika anda tidak menemui tong sampah, simpan dahulu sampah di dalam poket atau beg sebelum anda menemui tong sampah. Jika tidak, anda mungkin akan dimarahi oleh orang Jepun.
Tidak Bercakap atau menggunakan telefon bimbit dengan nada yang kuat
Jika boleh, elakkan bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit di Negara Jepun kerana ia seperti menggangu ketenteraman awam. Sekiranya di tempat awam seperti kereta api di Jepun, anda akan mendengar pengumuman meminta agar pengguna telefon mematikan telefon dalam mod senyap.
Berdiri di sebelah kiri elevator
Di negara-negara maju seperti Jepun, mereka amat menghormati mereka yang perlu bergerak dan berjalan laju menuju ke sesuatu tempat. Oleh itu, kebanyakan mereka berdiri di sebelah kiri elevator jika tiada apa-apa urusan untuk cepat. Kecuali di Osaka ianya di sebelah kanan.
Bahasa Inggeris
Jangan terkejut jika anda ke Jepun, mereka tidak faham apa yang anda cuba sampaikan. Ini kerana, mereka mengagungkan bahasa mereka sejak dari dahulu lagi. penggunaan bahasa inggeris sangat rendah dan bahasa jepun adalah bahasa utama pengantaraan di sana. Jika anda tidak tahu bahasa Jepun, boleh cuba berbahasa inggeris dengan perlahan diikuti oleh insyarat tangan supaya mereka memahami. Selain itu, mungkin anda juga boleh memuat naik aplikasi bahasa jepun di telefon anda untuk membantu berkomunikasi di sana.
Minta Izin sebelum ambil gambar
Ambil gambar orang Jepun sebaik-baiknya minta izin dahulu. Jangan nampak cantik pakai kimono anda terus nak ambil gambar mereka senyap-senyap. Ini akan mendatangkan kemarahan kepada mereka walaupon anda pelancong. Jika anda sudah meminta kebenaran, dan mereka benarkan, baru anda ambil gambar mereka. Jika boleh Elakkan mengambil gambar budak-budak. ini kerana mereka akan beranggapan anda ingin mengamcam anak mereka.
Jangan gunakan Chopstick untuk memberi makanan
Jika anda sedang makan di mana-mana restoran di Jepun dengan menggunakan Chopstick, jangan beri makanan kepada kawan anda disebelah atau berdekatan dengan anda menggunakan chopstick. Sebaliknya, angkat pinggan dan hulurkan kepada kawan anda. Ini kerana akan mengingatkan mereka kepada kematian. Oleh itu, amalam ini sangat dilarang sama sekali di Jepun.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Tuiqgh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment