Apple Diarahkan Membayar Ganti Rugi RM 122 Juta Kepada Qualcomm Kerana Melanggar Paten
Pada 11 Mac yang lalu, meminta ganti meminta Apple membayar ganti rugi kerana menggunakan paten sistem sambungan Internet sejurus selepas peranti dihidupkan, bagaimana moden dan cip pemproses menguruskan muat turun aplikasi, sistem pemproses grafik dan pengurusan bateri. Pihak juri bersetuju dengan permohonan Qualcomm dan mahkamah mengarahkan Apple membayar ganti rugi sebanyak $30 juta (~RM 122 juta).
Ketika perbicaraan, Apple mendakwa salah seorang jurutera mereka terlibat dalam pembangun teknologi sambungan Internet sejurus selepas peranti dihidupkan. Namun begitu pihak juri tidak yakin dengan bukti yang diberikan. Ini tidak bermakna perbalahan di antara dua syarikat ini akan berakhirnya. Pada bulan hadapan kes saman yang difailkan oleh Apple ke atas Qualcomm pada tahun 2017 pula akan dibicarakan. Kali ini melibatkan bayaran rebat $1 bilion (~RM 4 bilion) yang tidak dibayar oleh Qualcomm kepada Apple walaupun ia termaktub dalam perjanjian.
Setakat ini Apple terpaksa mengubah animasi multi-tugas iPhone di China dan menggunakan semula modem Qualcomm di Jerman bagi membolehkan peranti mereka dijual secara sah di dua pasaran tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TSeFRJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment