Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekolah Di China Ingin Menggunakan Peranti Boleh-Pakai Untuk Menjejak Kesihatan Pelajar Dan Penyertaan Di Dalam Kelas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekolah Di China Ingin Menggunakan Peranti Boleh-Pakai Untuk Menjejak Kesihatan Pelajar Dan Penyertaan Di Dalam Kelas

Peranti boleh-pakai kini boleh dimiliki pada harga yang amat mampu milik. Ia dilengkapi fungsi membaca nadi, lokasi dan juga pola tidur. Tahun lalu jualan peranti boleh-pakai meningkat dengan Apple Watch menjadi yang paling laku jualannya. Di Guangdong China, pihak penyelia Guangdong Guangya High School merancang memberikan peranti boleh-pakai kepada 3500 pelajar sekolah mereka.

SekolahMenurut laporan South China Morning Post, penggunaan peranti boleh-pakai ini adalah bagi memantau pola tidur, lokasi dan penyertaan pelajar di alam kelas menerusi kekerapan tangan diangkat. Pihak sekolah mengatakan ini bagi memastikan kesemua pelajar menjalani kehidupan yang sihat di dalam dan luar waktu sekolah. Ia menerima reaksi negatif dari ibu bapa yang risau kesemua pergerakan anak-anak mereka dipantau sepanjang masa. Kos pembelian peranti boleh-pakai ini menekan belanja RMB 4.85 juta (~RM 2.95 juta).

Ini bukan satu-satunya sistem pintar yang diperkenalkan di China. Pada Disember tahun lalu, ujian pakaian pintar telah dimulakan di 10 buah sekolah. Pakaian ini menjejak lokasi pelajar dan membunyikan penggera sekiranya mereka keluar dari kawasan ketika waktu belajar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ObMRm5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.