Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menguji Kawalan Gesture Seakan iPhone Pada Android Q – Ini Cara Untuk Aktifkannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menguji Kawalan Gesture Seakan iPhone Pada Android Q – Ini Cara Untuk Aktifkannya

Android Q beta pertama telah dilancarkan minggu lepas. Sistem operasi ke sepuluh Android ini hanya boleh diuji pada peranti-peranti Pixel sahaja buat masa ini. Apa yang Google tawarkan agak menarik dan lain daripada yang lain.

Terkini, satu tetapan yang disembunyikan oleh Google telah ditemui oleh pasukan XDA. Tetapan ini adalah untuk kawalan gesture seakan iPhone pad Android Q. Tetapan ini tersembunyi pada tetapan palancar Pixel Launcher Android Q. Google telah pun merancang untuk membuang butang ‘back’ dan ingin menggunakan kawalan gesture sepenuhnya, mungkin ini adalah langkah awal? Berikut adalah antara senarai perubahan kawalan gesture ini;

  • Animasi menukar tugasan apabila tatal ke kanan pada ikon bujur di bawah kini lebih lancar.
  • Tatal ke kiri pada bar navigasi di bawah akan menukar antara aplikasi ke aplikasi.
  • Animasi tatal ke atas untuk pergi ke laman utama peranti diperbaharui.

Terdapat banyak lagi perubahan dan beberapa perkara yang diperbaharui. Namun, ini hanya ujian awal dan ia mungkin tidak stabil. Bagi mereka yang ingin mencuba, berikut adalah langkahnya – tetapi, ingat anda perlu root peranti anda yang akan mengurangkan lagi stabiliti prestasi peranti;

  1. Muat turun modul Magisk ini.

  2. Buka Magisk Manager.

  3. Tekan Menu.

  4. Pilih ‘Modules;.

  5. Tekan pada ikon ‘+’.

  6. Cari modul yang anda muat turun tadi.

  7. Reboot semula peranti anda.

  8. Buka tetapan Pixel Launcher dan cari tetapan pembangun yang kini telah terpapar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2W9Ftuv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.