Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Untuk Menemuramah Dibangunkan Di Sweden Bagi Mengelakkan Penemubual Berat Sebelah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Untuk Menemuramah Dibangunkan Di Sweden Bagi Mengelakkan Penemubual Berat Sebelah

Antara perkara paling menakutkan pelajar ialah sesi temuduga dengan bakal majikan. Pakaian yang paling kemas dipilih, rambut disikat rapi dan maklumat diri diperhalusi bagi meningkatkan kebarangkalian diambil kerja. Tetapi kadang kala ini semua sia-sia kerana penemubual mempunyai sifat berat sebelah yang lebih menitikberatkan rupa fizikal pemohon berbanding keputusan akademik.

Di Sweden, Tengai sebuah robot telah dibangunkan untuk melakukan proses temubual dengan lebih adil. Ia tidak menghakimi pemohon berdasarkan rupa tetapi hanya berdasarkan jawapan yang diberikan oleh mereka. Ia kini di dalam proses ujian dan akan menemubual pemohon pekerjaan manusia bermula Mei hadapan. Buat masa ini ia hanya mampu berbual dalam bahasa Sweden dengan model berbahasa Inggeris akan dilancarkan menjelang 2020.

Kesemua soalan akan diberikan kepada pemohon akan diucapkan mengikut aturan dan tona suara yang sama bagi berlaku adil kepada semua. Walaupun Tengai adalah sebuah robot, ia mampu mempamerkan mimik muka seperti manusia sebenar. Usai proses temuduga, transkrip akan dicetak dan diteliti oleh majikan. Adalah diharap Tengai yang setinggi 41cm dan seberat 3.5kg akan dapat melakukan proses memilih calon yang paling sesuai tanpa campur tangan manusia di masa hadapan.

Tengai dicipta oleh Furhat Robotics yang merupakan anak syarikat KTH Royal Institute of Technology. Mereka bekerjasama dengan TNG yang merupakan antara firma pengambilan kerja terbesar di Sweden. Di dalam pungutan suara yang dilakukan oleh TNG tahun lalu, sebanyak 7 pencari kerja di Sweden percaya mereka telah diskriminasi berdasarkan warna kulit, usia, jantina, rupa, berat, tahap kesihatan dan kecacatan tubuh.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2W35KKM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.