Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Konsep ZTE Axon S Dan Axon V Dilengkapi Kamera Luncur Pada Bahagian Sisi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Konsep ZTE Axon S Dan Axon V Dilengkapi Kamera Luncur Pada Bahagian Sisi

Pengeluar berlumba-lumba melancarkan peranti dengan peratusan saiz skrin yang lebih besar berbanding pesaing. Antara taktik yang digunakan ialah menggunakan takuk kecil, lubang kamera dan kamera yang melungsur. ZTE juga ingin menghasilkan peranti dengan peratusan saiz skrin tinggi dan telah memperlihatkan dua peranti konsep dengan rekaan yang unik.

 ZTE Axon S ialah konsep dengan tiga kamera utama bahagian belakang dan dua pada bahagian hadapan hanya boleh digunakan dengan melungsurkan tubuh ke kanan. Seperti peranti mercu semasa, peranti ini juga akan dilengkapi bateri berkapasiti tinggi dan pengimbas cap jari dalam skrin. Dari segi spesifikasi kamera pula, tri-kamera menggabungkan sensor 48+19 Megapixel dan sebuah lagi dengan kemampuan zoom optikal sehingga 5X.

ZTE Axon V tidak mempunyai rekaan tubuh melungsur. Sebaliknya kedua-dua kamera hadapan terkeluar pada bahagian tubuh di sisi kanan. Ia dilengkapi sensor 3D yang membolehkan sistem imbasan wajah yang lebih tepat dilakukan. Skrin pada bahagian hadapan mempunyai nisbah 21:9 sama seperti yang ditemui pada Sony Xperia 1.

Kedua-duanya hanya sekadar konsep setakat ini dan ZTE masih belum mengesahkan sama ada ia akan dilancarkan tahun ini. Hanya awal tahun lalu ZTE hampir pupus selepas dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat tetapi kini kembali dengan dua rekaan peranti yang menarik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F8rVs3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.