Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Digital Di Jepun Menangkap Penggodam Yang Mencuri Kriptowang Bernilai RM550,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Digital Di Jepun Menangkap Penggodam Yang Mencuri Kriptowang Bernilai RM550,000

Kes-kes kecurian kriptowang bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi mencari mereka yang bersalah melakukan jenayah tersebut adalah sesuatu yang cukup sukar, walaupun dengan teknologi yang ada di pihak penguatkuasaan undang-undang.

Baru-baru ini, pihak polis digital dari Tokyo telah menangkap seorang pencuri kriptowang yang dikatakan telah mencuri 97000 Monacoin yang benilai $134,000 (RM550,000) dan ia dilaporkan penangkapan pertama yang membabitkan pencurian aset digital di Jepun.

Pencuri tersebut, yang dikatakan berumur 18 tahun sahaja, menggodam laman web Monappy untuk mencuri kriptowang tersebut menggunakan kod hadiah untuk mendapatkan kriptowang tersebut.

Apa yang menarik disini ialah jumlah kod hadiah yang digunakan, yang sepatutnya memberi beliau 8200 Monacoin sahaja, membuatkan sistem pengedaran kriptowang Monappy memberinya lebih banyak kriptowang lagi melalui kerentanan di dalam sistem tersebut, yang diambil dari simpanan kriptowang 7700 pelanggan Monappy yang lain.

Ini bukanlah insiden pencurian kriptowang yang pertama di Jepun. Malah, kes pencurian kriptowang terbesar di dunia dimana kriptowang bernilai $500 juta (RM2 bilion) dicuri berlaku di negara tersebut, dan telah menyebabkan kerajaan Jepun untuk membangunkan pasukan polis digital untuk menangani kes-kes digital seperti ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FcwXUv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.