Facebook Memadam 1.5 Juta Video Penembakan Masjid Christchurch – 1.2 Juta Daripadanya Dihalang Sewaktu Muat Naik
Pada hujung minggu yang lepas, dunia digemparkan dengan berita bahawa seorang remaja telah menembak orang ramai di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.
Insiden tersebut distrim secara langsung oleh penembak tersebut, dan videonya telah tersebar diserata platform-platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya.
Facebook nampaknya telah mengambil langkah yang sangat proaktif untuk menghalang para penggunanya untuk berkongsi video tersebut, dan ia telah dilaporkan bahawa syarikat tersebut telah memadam 1.5 juta salinan video tersebut dalam tempoh 24 jam insiden tersebut berlaku.
Facebook turut berkata bahawa 1.2 juta daripada salinan video tersebut dipadamkan sewaktu video-video ini sedang dimuat-naik ke platform tersebut.
Bukan itu sahaja, Facebook turut mencari dan memadam video-video yang diolah untuk tidak menunjukkan mangsa-mangsa yang ditembak, untuk menjaga sensitiviti semua yang terlibat, dan kebarangkalian besar untuk menegakkan polisi anti-keganasan di platform tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ud8Gss
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment