Hi! Welcome Back and Stay Tune! DXC Melancarkan Pusat Operasi Keselamatan Generasi Baharu di Malaysia Bagi Memerangi Ancaman Keselamatan Siber Pada Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DXC Melancarkan Pusat Operasi Keselamatan Generasi Baharu di Malaysia Bagi Memerangi Ancaman Keselamatan Siber Pada Asia

Hari ini, DXC Technology sebuah syarikat perkhidmatan teknologi telah merasmikan Pusat Operasi Keselamatan Generasi DXC (SOC) mereka di Kuala Lumpur, Malaysia. Selaku peneraju industri, DXC menawarkan pelbagai perkhidmatan pada rangkaian dan penyelesaian keselamatan siber, termasuk khidmat nasihat, operasi keselamatan dan pengurusan risiko.

SOC Malaysia adalah inisiatif DXC dalam membantu bagi mengukuhkan peningkatan keselamatan keseluruhan syarikat dengan mengintegrasikan analisis keselamatan, teknologi operasi untuk memberikan penglihatan, hubungan dan tindak balas yang lebih baik kepada ancaman dan kelemahan keselamatan.

Pusat ini dibentuk bagi memenuhi kehendak generasi kini bagi melindungi privasi mereka. Seterusnya, platform ini dapat menyokong Operasi Keselamatan Pintar DXC, yang berfungsi menyediakan kepakaran dalam analisis lanjutan seperti forensik digital, penyiasatan dan tindak balas insiden serta penyelesaian yang disesuaikan untuk melindungi perusahaan digital.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, DXC turut memberi penekanan kepada pengendali perniagaan untuk sentiasa berwaspada akan ancaman keselamatan siber yang dihadapi. Tumpuan lebih besar akan diberikan pada pendekatan proaktif terhadap perlindungan data dan privasi pelanggan. Seterusnya, mereka turut memfokuskan pada penyelesaian pengurusan dengan kualiti yang lebih tinggi. Adanya peranan sedemikian ia membolehkan pihak berkepentingan dapat mengatasi permasalahan serangan siber ini.

DXC juga yakin akan operasi SOC Malaysia ini, di mana ia dapat memastikan pengurusan keselamatan siber menjadi lebih baik. Sekali gus dapat dilaksanakan pada pelaburan yang lebih strategik kepada pengguna aktif di rantau ini. Bersama dengan pelan tindakan pertahanan siber, bahagian keselamatan DXC dapat membantu pelanggan dengan menguruskan persekitaran ancaman lebih berkesan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UGstQN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.