TikTok Diharamkan Di India – Aplikasi Dipadam Dari Play Store Dan App Store
Aplikasi TikTok adalah amat tular dan digunakan untuk menghasilkan video pendek berunsur muzik, komedi dan tarian. Di Malaysia penggunaannya semakin meningkat dengan institusi pengajian tinggi menganjurkan pertandingan pencari bakat menggunakannya. Namun begitu di India, Aplikasi ini telah diharamkan di India selepas dituduh menggalakkan pornografi serta dijadikan alat pedofil untuk mencari mangsa kanak-kanak.
Mahkamah Tamil Nadu mengharamkan aplikasi ini pada hari Selasa dan meminta pengharamannya juga dilakukan di seluruh India. Apple dan Google segera menghalang aplikasi dari dimuat turun menerusi App Store dan Google Play sejurus selepas menerima arahan dari kementerian teknologi maklumat.
TikTok ialah aplikasi yang popular di India dengan lebih 240 juta muat turun. Pembangunan aplikasi Bytedance telah memfailkan tentangan terhadap pengharaman minggu lalu atas dasar melanggar hak kebebasan bersuara. Mereka berkata hanya sebilangan kecil kandungan TikTok jatuh ke dalam kategori lucah maka tidak adil aplikasi diharamkan secara menyeluruh. Permohonan Bytedance akan didengar di mahkamah pada 24 April hadapan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2XmoR3b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment