Huawei Dikatakan Memenangi 40 Kontrak Pembekalan Perkakasan 5G Di Seluruh Dunia Pada Penghujung Bulan Mac
Huawei mungkin lebih terkenal sebagai sebuah jenama elektronik pengguna yang banyak menjual peranti pintar dan juga komputer riba premium, tetapi asal-usul syarikat teknologi China ini adalah melalui pembekalan perkakasan rangkaian telekomunikasinya.
Kebelakangan ini Huawei diserang dengan hebat oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara di rantau Eropah yang mengancam untuk memboikot mereka kerana risau akan ancaman pengintipan oleh kerajaan China.
Walaupun begitu, nampaknya Huawei masih berjaya mendapatkan 40 kontrak pembekalan perkakasan 5G pada penghujung bulan Mac 2019, lebih daripada 30 yang diumumkan pada awal bulan tersebut.
Menurut laporan Reuters, kebanyakan daripada kontrak-kontrak tersebut diterima melalui negara-negara di Eropah (23), Asia Pasifik (6), Timur Tengah (10) dan juga Afrika (1).
Buat masa ini, Huawei sudahpun menghantar 70,000 stesen 5G, dan menjelang bulan Mei kelak, nombor tersebut akan meningkat sehingga 100,000 unit.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UoaxW3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment