Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menguji Fungsi Muat Turun Serentak Pada Play Store - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menguji Fungsi Muat Turun Serentak Pada Play Store

Sejak kebelakangan ini, Google dilihat menguji pelbagai perkara baru pada Google Play Store. Sebelum ini, mereka telah menguji kemaksini sistem diedarkan melalui Play Store dan bukan lagi melalui tetapan peranti.

Hari ini, Google dilihat menguji muat turun serentak dalam Play Store. Sebelum ini, muat turun dalam Play Store adalahu satu per satu – di mana jika satu aplikasi sedang dimuat turun, aplikasi seterusnya akan memberi status ‘pending‘. Kini jika dua aplikasi dimuat turun ia akan dimuat turun secara serentak. Selain itu, Google turut menguji fungsi perkongsian aplikasi dalaman. Fungsi ini adalah untuk pembangun kongsikan aplikasi mereka kepada satu kumpulan kecil atau pengguna-pengguna setia.

Kemudian, Google turut mengemaskini Google Play Protect dengan antaramuka baharu. Google telah mengasingkan tetapan Play Protect dan turut memaparkan sebarai aplikasi yang baru diimbas. Tambahan lagi, terdapat perubahan kecil pada antaramuka ‘Movies & TV’. Google kini, membahagi pada kategori seperti ‘Family’ dan ‘Network’.

Namun, perubahan ini dilihat hanya berperingkat. Pada peranti saya hanya perubahan Play Protect sahaja yang saya terima, lain-lain belum lagi. Harap kelak, ia akan diedarkan kepada umum.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ICA8YU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.