Ujian 5G TM Memperlihatkan Kelajuan Penghantaran Data Sepantas 5.5Gbps
Acara 5G Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bakal berlangsung pada hari esok, dan syarikat-syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, termasuklah Celcom, Digi, Maxis, TM dan U Mobile bakal hadir dengan pameran-pameran mereka sendiri, termasuklah ujian kelajuan sambungan 5G.
Jika sebelum ini, pihak TM menunjukkan bahawa sambungan pra-5G mereka mempunyai sambungan data sepantas 500Mbps, hari ini syarikat tersebut menunjukkan bahawa sambungan 5G mereka adalah 10 kali ganda lebih pantas dari sebelum ini, sepantas 5.5Gbps.
Menurut pengurus besar produk TM, Mohd Nazeem bin Mohd Nasir, ujian sambungan 5G TM menggunakan teknologi mmWave yang menjanjikan sambungan internet yang pantas.
Di acara 5G SKMM yang akan berlangsung pada hari esok, pihak TM akan menunjukkan beberapa pameran yang berkisarkan sekitar beberapa konsep seperti rumah pintar, jalan pintar dan industri pintar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GiFwOk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment