Axiata Dan Digi Mengantung Sementara Perdagangan Di Bursa Malaysia – Adakah Akan Bergabung?
Axiata dan Digi kini nampaknya telah mengantung transaksi perdagangan mereka di Bursa Malaysia, sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana kedua-dua entiti tersebut mungkin akan membuat suatu pengumuman dalam masa terdekat ini.
Pergantungan ini dilakukan selari dengan laporan yang hadir awal pagi ini mengatakan Axiata dan Telenor dalam perbincangan untuk menyatukan operasi mereka di Asia.
Melalui laporan The Edge, Axiata mungkin akan menjadi pemegang saham majoriti sekiranya pergabungan entiti ini berlaku, sekaligus menjadi antara syarikat telekomunikasi terbesar di rantau Asia Tenggara ini.
Untuk makluman, Axiata mempunyai operasi dibeberapa buah negara, dan di Malaysia, Celcom dimiliki oleh mereka. Sementara untuk Telenor pula, mereka memiliki syarikat Digi dan turut mempunyai operasi dibeberapa buah negara sekitar Asia Tenggara yang lain.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai pengumuman daripada kedua-dua pihak ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZVtF1H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment