Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Redmi Note 7 Berjaya Diterbangkan Ke Angkasa Dan Kembali Tanpa Sebarang Kerosakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Redmi Note 7 Berjaya Diterbangkan Ke Angkasa Dan Kembali Tanpa Sebarang Kerosakan

Peranti Redmi Note 7 sering diuji secara lasak untuk menguji ketahanan dari segi binaannya. Sebelum ini, peranti ini telah dijadikan sebagai alat untuk tempat memotong buah dan berjaya melepasi ujian tersebut. Namun pihak Redmi ingin mengujinya dengan lebih ekstrem – dengan menghantar sebuah peranti Redmi Note 7 ke angkasa lepas.

Peranti ini diterbangkan pada altitud melebihi 31,000m untuk melihat ketahanan dari segi tekanan dan suhu peranti. Peranti ini kemudiannya juga ditugaskan untuk mengambil beberapa kepingan gambar bumi untuk menilai kualiti penggambaran daripada peranti ini. Sebuah GoPro turut ditempatkan bersama peranti ini untuk merakam detik-detik peranti ini diterbangkan ke angkasa sehingga ia diturunkan semula.

Apabila ia mencapai altitud setinggi 35,375m dengan tekanan 1 KPa, belon yang dipasang akan meletup untuk menghantar kembali peranti ini ke bumi. Walaupun peranti ini mendarat dalam keadaan terbalik, binaannya masih kelihatan baik tanpa sebarang kesan calar.

Dengan penerbangan peranti ini ke angkasa, ia sedikit sebanyak menunjukkan kebolehan ketahanan pada peranti ini. Ia berjaya hidup pada suhu -58° celcius (dengan 4° celcius), selain melepasi altitud setinggi 35,375m dan tekanan 1 KPa. Apa yang menghebatkannya lagi, ia berjaya tiba ke bumi tanpa kerosakan yang serius.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DQusaL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.