Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firefox 66.0.4 Diperkenalkan Untuk Mengatasi Masalah Sijil Pengesahan – Semua Pemalam Kini Boleh Diaktifkan Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firefox 66.0.4 Diperkenalkan Untuk Mengatasi Masalah Sijil Pengesahan – Semua Pemalam Kini Boleh Diaktifkan Semula

Firefox pada sebelum ini mempunyai masalah sijil pengesahan yang telah luput tarikhnya – menyebabkan pemalam atau Firefox Extensions tidak dapat beroperasi. Mujur selepas beberapa hari daripada isu ini, pihak Mozilla telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk Firefox bagi membaik-pulih isu ini.

Melalui perkongsian terkini daripada Mozilla, mereka telah membaiki sijil pengesahan ini, sekaligus membenarkan pemalam, tema, enjin carian, dan pek bahasa diaktifkan semula.

Namun begitu, pelayar web ini masih terdapat isu yang mana melibatkan sejumlah kecil pemalam. Pemalam yang dipasang mungkin akan mengeluarkan notis ‘tidak disokong’ atau tidak dipaparkan di dalam bahagian add-ons. Sejumlah pemalam ini juga mungkin terdapat kehilangan data dari segi maklumat laman web dan konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pengguna.

Isu kecil yang dihadapi ini tidak diketahui sama ada ia akan dibaiki melalui kemaskini Firefox pada akan datang. Namun untuk masalah mengenai sijil pengesahan, ia dilihat telah dibaik-pulih melalui kemaskini Firefox 66.0.4.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZYfvNd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.