Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tesla Memberi Amaran Kepada Pekerja-Pekerja Mereka Untuk Tidak Meniriskan Maklumat Syarikat – Seorang Pekerja Dipecat Kerana Mengepos Nombor Telefon Mesyuarat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tesla Memberi Amaran Kepada Pekerja-Pekerja Mereka Untuk Tidak Meniriskan Maklumat Syarikat – Seorang Pekerja Dipecat Kerana Mengepos Nombor Telefon Mesyuarat

Walaupun ia boleh dikatakan diantara syarikat-syarikat teknologi automotif termasyhur, ia juga sering dibelenggu masalah dimana ramai pekerja-pekerja mereka meniriskan maklumat dalaman syarikat seperti teknologi yang belum diumumkan, jumlah jualan, nombor-nombor pembiayaan dan sebagainya.

Dalam sebuah emel yang dihantar kepada semua pekerja-pekerja Tesla (yang tertiris kepada pihak CNBC), pihak pengurusan Tesla memberi amaran kepada mereka supaya tidak meniriskan sebarang maklumat dalaman mengenai syarikat tersebut kepada sesiapa pun.

Mereka yang ditangkap meniriskan maklumat akan dipecat, dan bergantung kepada tahap keterukan maklumat yang tertiris, akan menyebabkan pekerja tersebut disaman oleh Tesla.

Tesla nampaknya memandang serius mengenai isu tirisan maklumat ini kerana didalam emel tersebut, mereka mengatakan bahawa seorang pekerja telah dipecat kerana mengepos nombor telepon mesyuarat ke media sosial.

Ini mungkin kerana Tesla sedang menghadapi beberapa isu dalaman dengan para pelabur dan juga pelanggan mereka mengenai pengeluaran kereta elektrik Tesla 3, dan semua isu tirisan ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan wang pelaburan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/300jwRe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.