Instagram Memperkenalkan Kesan Penuras Khas Bersempena Ramadan
Bersempena bulan Ramadan, kita telah sedia melihat beberapa perkhidmatan hadir dengan kandungan khusus. Pihak Instagram kini turut tidak ketinggalan, dan telah menambah kesan penuras khas bersempena dengan Ramadan, dinamakan “Lantern”.
Bercakap mengenai Ramadan sendiri, pihak Instagram mengatakan pada tahun lepas antara 16 Mei ke 14 Jun 2018, mereka menyaksikan lebih 15 juta perkongsian berkenaan Ramadan. Malah, perkongsian berkaitan dengannya di Malaysia turut menyaksikan peningkatan drastik.
Pada tahun ini, Instagram dilihat menyambutnya dengan menawarkan kesan penuras kamera khas, sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan Stories yang menggunakannya – sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan ucapan yang unik kepada pengikut mereka.
Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh menyemak penawaran ini pada aplikasi berkenaan. Selain Instagram, TikTok turut menawarkan kandungan khusus bersempena Ramadan untuk pengguna.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vl9Emj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment