Dua Peranti Realme X Kini Disahkan, Bakal Dilancarkan Secara Eksklusif Di China 15 Mei Ini
Nama peranti Realme X mula kelihatan pada awal Mei. Selang beberapa hari kemudian, terdapat informasi yang mengatakan akan terdapat dua variasi Realme X – satu peranti mercu dan satu lagi peranti kelas pertengahan. Apa yang mengejutkan adalah, Realme X ini akan dijana dengan Snapdragon 855 dan/atau Snapdragon 730 dan akan dijual pada harga sekitar RM1600 sahaja.
Hari ini, dua peranti Realme X telah disahkan oleh laman membeli belah di China – JD.com. Akan terdapat dua peranti, Realme X dan Realme X Youth Edition (Realme X Lite). Dua peranti ini akan dilancarkan pada 15 Mei kelak dan dilancarkan eksklusif buat pasaran China terlebih dahulu. Kali ini tidak pasti apakah sasaran Realme. Kerana kebiasaannya, peranti Realme akan dilancarkan di India terlebih dahulu untuk pengguna global.
Kedua-dua peranti ini akan menggunakan rekaan skrin nirtakuk, sistem kamera swafoto pop-naik, dwi-kamera belakang dan memori yang cukup kuasa. Kedua-dua peranti ini dikatakan akan mempunyai persamaan yang banyak kecuali dari segi cip pemproses sahaja.
Untuk informasi lanjut mengenai Realme X dan Realme X Youth Edition, sama-sama kita nantikan 15 Mei ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V632DD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment