Google Bakal Membenarkan Pengguna Memadam Data Carian, Lokasi, Dan Aplikasi Secara Automatik
Google sentiasa membaca data pengguna bagi membolehkan perkhidmatan mereka memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik. Namun ada sesetengah pengguna tidak selesa dengan tindakan ini dan Google telah mengaktifkan sebuah kebolehan untuk memadam data secara automatik.
Pada saat ini, Google akan membaca sejumlah perkara, seperti lokasi semasa anda melalui peranti yang anda bawa. Data-data ini kemudiannya akan digunakan untuk perkhidmatan Find My Device, Search, dan Google Maps dalam menambah baik pengalaman aplikasi tersebut. Carian daripada Google juga diambil untuk mengoptimasikan hasil carian yang lebih tepat kepada pengguna.
Melalui fungsi baru ini, pengguna dapat memilih sejumlah pilihan masa untuk Google menyimpan data peribadi anda. Anda boleh memilih daripada 3 bulan, 18 bulan, atau memadamnya secara manual.
Fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Ia boleh dibuat melalui My Activity iaitu sebuah laman untuk menguruskan jenis data yang diambil oleh Google.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2PMlZKl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment