Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Kini Di Tangga Kelapan Dalam Indeks Keselamatan Siber Global – Turun Lima Anak Tangga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Kini Di Tangga Kelapan Dalam Indeks Keselamatan Siber Global – Turun Lima Anak Tangga

Baru-baru ini, pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) telah berkongsikan data daripada Global Cybersecurity Index 2018 (GCI) yang menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke 8 daripada 10 dalam senarai negara teratas dalam pembangunan keselamatan siber serantau. Ini adalah penurunan dari tangga ketiga yang dicapai pada tahun 2017.

Untuk makluman anda, kedudukan indeks ini diukur berdasarkan kepada tahap keberkesanan sistem keselamatan yang dimiliki dan komitmen sesebuah negara dalam menangani pelbagai isu keselamatan mereka. Indeks ini adalah inisiatif Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) iaitu agensi di bawah selia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malah menurut laporan tersebut, Malaysia juga duduki tangga kedua pada peringkat Asia Pasifik dalam arena keselamatan siber.

Berikut, antara inisiatif yang dijalankan adalah penubuhan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA). Agensi ini dilihat berfungsi untuk mengetuai dan mengawal sistem keselamatan negara dengan kemahiran yang dimiliki pada pakar industri keselamatan. Seterusnya, agensi ini turut berperanan dalam menjalankan program latihan dan kesedaran secara berkala pada sektor awam dan swasta.

Bagi menyokong pertubuhan ini, panduan keselamatan dan makmal forensik digital telah dibangunkan. Di mana ia merangkumi perincian bagi setiap langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dari aspek panduan teknikal, pengurusan dan pemprosesan maklumat makmal digital. Apa yang menarik, makmal forensik digital CSM ini mempunyai keupayaan dalam pemulihan data, biometrik, peranti terbenam (embedded), sistem awanan dan analisis data besar.

Wujudnya sokongan sedemikian, secara tidak langsung dapat memberi kesan yang baik pada pembangunan keselamatan siber tempatan. Ia bukan sekadar memudahkan perkongsian kemahiran dalam industri. Malah, turut menjamin pertahanan siber negara, pada sektor swasta mahupun awam. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh merujuk pada pautan di bawah berkenaan GCI 2018.

Layari: Global Cybersecurity Index 2018



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JJIHm2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.